Para ‘ulama’ Buddha ber’fatwa’ bahawa Pesta Bon Odori adalah hari di mana nenek moyang mereka berehat daripada seksaan Neraka, maka dengan sedikit upacara ini dapat menyelamatkan Nenek Moyang mereka daripada diseksa.
Ada orang cakap, “Pegi tengok saja takpa, bukannya menari sekali. Menari tu saja yang tak boleh.”
Inilah namanya normalisasi Syirik dan Kufur.
Tahu tak, kita sebagai Muslim yang Mukmin sepatut menanam kebencian terhadap apa-apa perbuatan yang menyekutukan Allah.
Tidakkah perbuatan kita yang pergi ke upacara itu tanpa sebarang keperluan itu sendiri menggambarkan sensitiviti kita terhadap mentauhidkan Allah telah pudar.
Namun, kita juga diajar supaya menghormati kepercayaan mereka tetapi cukuplah sekadar memberi ruang kepada mereka untuk berpesta. Itu saja hadnya.
Perbuatan kita menghadiri dan mempertahankan upacara syirik ini secara tak lansung menzahirkan pengiktirafan kita terhadap perbuatan mereka.
Belajar dan hadam, ada jurang antara menghormati dan mengiktiraf.
Lagi satu, apabila ia dinamakan upacara, ia bukan bermaksud tentang tarian semata-mata.
Ia berkenaan hari yang telah dikhususkan, pakaian yang dikhususkan, tarian yang dikhususkan, acara yang dikhususkan.
Jadi bila engkau menghadiri majlis itu pada hari yang dikhususkan, tambahan kau pakai pula pakaian yang dikhususkan, kau sertai acara yang dikhususkan (makan-minum, main mercun, bergembira), sebenarnya engkau telahpun melengkapkan upacara syirik ini.
Sedih aku tengok, ramai pemimpin dan umat kita yang pertahankan pesta syirik melebihi kesanggupan mereka untuk pertahankan Islam.
Allahu musta’an.
Ampunilah kami semua, ya Allah.
“Pagi beriman petang kafir, petang beriman pagi kafir.”
Abu Amjad