Duyung Marina Resort (DMR) dahulu dikenali sebagai Kelab Teluk Warisan, kemudiannya ditukar nama kepada Riyaz Heritage Resort and Spa.
Ia adalah projek Kerajaan BN untuk Monsun Cup.
DMR diletakkan dibawah pengurusan Lembaga Tabung Amanah Warisan Terengganu (LTAWT).
DMR TIDAK PERNAH mencatatkan keuntungan semenjak ia beroperasi tahun 2005.
Sehinggalah pada tahun 2018, selepas PAS mengambilalih kerajaan, keuntungan pertama sebanyak RM24 ribu dicatatkan dan pada tahun 2021, sebanyak RM300 ribu keuntungan selepas cukai diperolehi.
DMR TIDAK PERNAH melakukan sebarang renovasi, bermakna semenjak dibina, sehingga sekarang, begitulah keadaannya.
Hanya pada akhir tahun 2020, barulah diluluskan peruntukan bagi ‘defect renovation’ sebanyak RM5 juta dan segala projek renovasi dijangka siap pada awal 2023, insya Allah.
Sekaligus menepis dakwaan netizen yang mendakwa, hanya selepas mereka mengkritik di media sosial, barulah bajet renovasi diluluskan.
RM5 juta bukan macam keluar ‘petty cash’ isi borang pagi, tengahari boleh dapat.
Pernah dicadang untuk dijual sebelum 2018, tetapi tiada siapa yang berminat setelah melihat keadaannya yang teruk.
Jumlah keseluruhan kerugian atau hutang terkumpul DMR kepada LTAW ialah RM23 juta dan DMR TIDAK PERNAH membayar hutang-hutang tersebut sebelum ini.
Tahun ini, pengurusan DMR telah mula membayar hutang-hutang itu dengan penjadualan semula.
Tahun ini juga DMR telah menerima anugerah tertinggi Platinum Muslim Friendly Accomodation and Recognition (MFAR) dan star rating.
Lebai tahu, hutang wajib dibayar.
Lebai tahu dosa pahala bila mengurus.
Lebai juga sedar, ini semua guna duit rakyat.
Nak pilih Umno lagi kat Terengganu lepas ni?
Faham sekarang?
Mohd Nasir Abdullah