Tuduh Dalam DUN, Ada Imuniti, Beranilah

Tuduh Dalam DUN, Ada Imuniti, Beranilah

Ingat tak masa Mat Said tuduh ada orang PAS Terengganu bawak duit sampai putus tali beg?

Dia sebut dalam Sidang DUN.

Tapi dia sindir kat siapa sebenarnya?

Tak faham jugak aku ni.

Dia juga berjanji akan membuat pendedahan bulan Syawal.

Tak lama dah nak masuk bulan Zulhijjah, nanti mintak tangguh pendedahan salah laku tu sampai Muharram pulak rasanya…

Kering dah menunggu.

Si Razak Bidin tu dah terima surat saman ke belum?

Mat Saidpun ada berjanji untuk saman Razak sebab tuduh dia jual tanah Pulau Redang kepada Vincent Tan.

Aku tak kata Zahid dah salah, biar mahkamah bicarakan.

Cuma nak bagitahu, Mat Said sembang dalam DUN, ada imuniti, tapi takde saksi.

Ia tak boleh diterima untuk hakim jatuhkan hukuman sebab tiada laporan, siasatan, pendakwaan walaupun jika tuduhan itu betul.

Dan jika salah tuduhan itu, Mat Said hanya perlu menarik balik perkataannya dalam DUN.

Jadi hukuman tidak boleh dijatuhkan kepada yang beliau tuduh.

Manakala keterangan Tan ni sebagai saksi dalam mahkamah yang mana kalau semuanya betul, hakim mendapati adanya salah laku, ia boleh menyebabkan Zahid dijatuhkan hukuman bersalah.

Dan jika Tan didapati menipu, dia akan dikenakan tindakan undang-undang, kerana tiada imuniti berbohong dalam mahkamah.

Nampak beza dia?

Main tuduh ikut suka dengan bagi keterangan sebagai saksi di mahkamah?

Mohd Nasir Abdullah

Kolumnis