Hanyirnya UMNO Dek Kerbau-Kerbau Runcing Tanduk

Hanyirnya UMNO Dek Kerbau-Kerbau Runcing Tanduk

Kerana seorang nakhoda yang bermasalah, habis sekapal berpecah-belah.

Nakhoda rakus tamak berkuasa.

Timbalan yang pengecut, belot bermuka selamba.

Bosku menghitung hari mencatur nasib dengan pengikut yang masih bersisa.

Demikianlah lagak kerbau-kerbau runcing tanduk.

Segok-menyegok ganas dan buas.

Selagi nafsu rasa tak puas.

Apa yang didedahkan oleh Tajuddin A. Rahman adalah kisah tiga ekor kerbau runcing tanduk yang berangkara.

Ada yang terancam dengan timbunan kes penyelewengan.

Ada yang pengecut; menjadi pembelot kerana tiada keberanian dan kejujuran.

Ada yang selangkah menanti masa; terkurung di balik palang di dalam kandang.

Akar umbi UMNO ditipu lagi.

Kalau Timbalan Presiden pun boleh diherdik, apalah sangat dengan ahli-ahli MKT.

Semuanya bisa menurut konon atas kesepakatan MKT.

Sebenarnya perlu dibaca sebagai demi sayangkan jawatan dan pangkat.

Kalau berbunyi sumbang, tunggulah masa wahai Nazri, Anuar dan Shahidan.

Jangan diharap nama melekat dalam PRU yang makin mendekat.

Risik-risiklah senarai menunggu untuk disepak?

Antara dakwaan Si Tajuddin; memang berlaku SD untuk sokong Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

Bukankah kerbau runcing tanduk pernah bersumpah dengan lafaz wallahi, wabillahi, watallahi bahawa tiada sokongan untuk Anwar?

Nama Allah pun sanggup dijual.

Asal pengikut mudah percaya.

Mudah pula digula-gula.

Hebatnya kerbau runcing tanduk; manis muka pandai bicara.

Sudah ada usaha untuk meminta Zahid berundur secara terhormat tetapi Mat Hassan dan Najib pula jadi pembelot, kata Si Tajuddin.

Demikian perangai kerbau runcing tanduk.

Hanya ada dua tanduk.

Satu untuk khianat.

Satu untuk membelot.

Kini rakyat tertanya-tanya; inikah budaya dalam UMNO?

Selain politik wang, seorang PM mampu menyelamatkan seseorang di kandang keadilan?

Kerbau yang berlumpur boleh disucikan?

Apa hal dengan kita rakyat kebanyakan.

Untuk kita diprinsipkan kedaulatan undang-undang.

Lain pula untuk mereka golongan kayangan.

Sialnya mereka.

Balanya kalian; yang mengangkat menjulang.

Kali ini, selamatkah lagi UMNO?

Di dalam bahteranya semakin bercempera.

Di luar sana, ROS memerhati kedegilannya.

Sempatkah UMNO memasuki ambang PRU15 dengan segala kekuatan solonya?

Atau akan tamatkah riwayat UMNO untuk kedua kalinya?

Dek tanduk, degil dan egonya.

BayangDiAir

Kolumnis