Terbaca berkenaan sekumpulan orang yang ingin mengerjakan haji tetapi tiada permit.
Apabila sampai pada satu sekatan jalanraya, polis akan bertanya ke mana tujuan mereka.
Maka akan dijawablah yang mereka akan ke Thaif, tidak boleh jawab ke Mekah, nanti dihalang dan disuruh patah balik.
Sekira-kiranya, menipulah akan mereka itu terhadap soldadu yang menjaga keluar masuk manusia ke Mekah.
Tujuan mereka baik, tetapi dikatakan menipu untuk beribadat.
Mereka menyusahkan orang lain untuk ke Mekah bagi melaksanakan haji nanti, jika diketahui kerajaan Saudi, kata sebahagian netizen.
Saya tidak tahu apa hukumnya dari pandangan fekah, apabila ada segerombolan manusia bersikap demikian bagi melaksanakan haji.
Menipukah mereka, lalu haji mereka akan menjadi berdosa, atau dibenarkan atas nama helah yang patut kerana kesukaran atau masa yang diambil terlalu lama bagi giliran mereka.
Cuma dalam benak saya ini teringat akan kisah datuk, nenek, emak, ayah kita di awal 80-an, 90-an dan juga awal 2000 dahulu juga berhelah dengan helah yang hampir sama.
Mereka masuk berumrah pada Ramadhan, lalu pulang setelah selesai haji, yakni bulan Zulhijjah, atau juga Muharram.
Mereka dikira masuk menunaikan haji dengan tanpa restu kerajaan Saudi (jika visa haji tidak diberikan itu bermakna restu bagi ibadat haji), walaupun sudah masuk pada Ramadhan.
Mereka jelas menipu.
Menipu kedua-dua kerajaan dan juga menipu memotong barisan untuk menunaikan rukun kelima.
Polis Saudi sering mencari orang yang tinggal melebihi masa di Mekah.
Jika ditangkap, mereka akan dihantar pulang ke negara mereka.
Dan yang paling aneh, pelik dan ajaib, mereka yang berjaya tinggal sehingga selesai mengerjakan rukun Islam kelima itu, tidak pernah dikenakan apa-apa tindakan oleh kerajaan Saudi apabila pulang setelah tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan, iaitu selesai menjalani ibadat haji itu.
Walaupun polis sering melakukan rondaan untuk mencari mereka.
Pastinya paling kurang, apabila melalui imigresen, passport mereka akan dikesan kerana masuk guna visa umrah pada Ramadhan dan keluar selesai menunaikan haji pada Zulhijjah.
Tentulah hukuman tinggal melebihi masa yang dibenarkan, akan dikenakan. Jadi bagaimana?
Apa agaknya anda semua fikirkan?
Adakah berdosa kerana melanggar syarat ibadat yang mana syarat itu bukan hukum Allah seperti ini yang disediakan kerajaan atas dasar pengurusan?
Tetapi tidak pernah dinyatakan fekah berkenaan maksima hanya berapa orang yang dibenarkan melaksanakan ibadat haji pada setiap tahun?
Ia kelihatan agak mirip dengan perjuangan jihad berperang menentang Rusia di Afghanistan misalnya.
Dihalang masuk kerana perang dan faktor pengurusan negara, tetapi ia adalah ibadat terbesar dalam Islam.
Dan sudah ada rakyat Malaysia yang syahid di sana.
Apa statusnya?
Penutup, kita kesal apabila Puad Zarkashi yang membuat kenyataan tidak cerdik pada saat kita bersedia merayakan hari kebesaran kita yang mulia ini.
Pertanyaan yang seperti mahu menuduh Menteri Agama dan Presiden PAS iatu Duta Khas Ke Timur Tengah sebagai lepas tangan, boleh menimbulkan kemarahan.
Jadi jika begitu, apa Menteri buat dengan jumlah scammers yang bertambah sekarang?
Untuk rekod, Kerajaan Terengganu pernah terpalit dengan kes penipuan umrah oleh sebuah syarikat yang terhadap guru-guru di Terengganu yang melibatkan jutaan ringgit.
Nama kerjaan terkait ketika itu.
Puad sepatutnya bertanya Dato’ Seri Ahmad Razif Sbdul Rahman selepas penipuan itu dikesan, apa yang Razif buat waktu itu.
Berapa lama masa yang polis ambil untuk menyiasat.
Apatah lagi Puad juga adalah bekas Timbalan Menteri Pendidikan yang digugurkan tahun 2013.
Atau, boleh kita tanya Puad, setelah diberitahu dalam mahkamah Presiden Umno, Zahid Hamidi menipu, apa yang Puad lakukan? Lindungi dia?
Saya menyeru kepada rakyat agar di’sembelih’ ‘lembu’ Umno ini di PRU nanti, mengambil semangat raya korban.
Bodohnya tak bertepi.
Mohd Nasir Abdullah
