Tahun 2014, kuliah Ustaz Azhar pernah kena pindah ke gelanggang futsal Kampung Butut, Hulu Terengganu sebab tidak dibenarkan berkuliah dalam masjid.
Tahun 2022 pula, Ustaz Azhar tidak dibenarkan berkuliah dalam masjid di Besut, tiada gantian kuliah di kawasan mana-mana dan dimaklumkan dinyatakan lebih awal pembatalan itu.
2014 Umno menang 3 Dun dan PAS 1 kerusi di Hulu Terengganu.
2018, Umno tinggal 1 kerusi, PAS 3.
Mungkin kerana perbuatan menghalang kuliah yang sudah berlangsung sebelum itu di masjid terbabit.
Di Besut, Umno menang 3 kerusi dan PAS 1 kerusi pada tahun 2018.
Insyaallah tahun 2022 atau 2023, moga keputusan sama macam Hulu Terengganu atau 4-0 kerana kelakuan Umno ini.
Nak tanya, nak sembang pasal tauliah?
Pada 2014, UAI dimaklumkan sudah beberapa tahun berkuliah di masjid itu takkan baru tahu beliau tiada tauliah?
Teruk sangat AJK masjid, tak siasat langsung.
Nak sembang pasal masjid tak setuju?
Baik, kita nak tahu, siapa yang minta dia berkuliah?
Adakah UAI sendiri datang ke masjid itu, terhegeh-hegeh minta slot untuk berkuliah?
Sedangkan betapa banyak jemputan lain beliau terpaksa tolak, berebut-rebut orang minta beliau berkuliah?
Ataupun mungkin jemputan itu mulanya tidak diketahui individu yang berkuasa membatalkan jemputan itu, dan setelah diketahui, dibatalkan, gitu ke?
UAI ada team pengurusan kuliah sendiri, setiap akhir bulan, akan ada jadual dikeluarkan untuk sebulan hadapan.
Cara pengurusan beliau ialah menentukan dan mengesahkan dahulu tarikh kuliah, kemudian baru disebarkan.
Sila rujuk jadual kuliah beliau.
Bukan sebar dulu baru sahkan.
Atau perit dengan isi kuliah UAI?
PAS pun kena tegur oleh UAI dalam kuliah, tak adalah pulak sekat kuliah beliau.
Biasalah ditegur.
Alah, mengaku jerlah ada tangan lain halang kuliah UAI.
Maidam di bawah Tuanku Sultan, tetapi tiada masalah sebelum ini dengan UAI yang dikatakan tiada tauliah itu.
Dahulu di Kelantan UAI juga dikata dihalang, kemudian Sultan Kelantan jemput beliau berkuliah di dalam istana, OK jer.
Atau Umno Besut nak tunjuk lagi perangai besar kepala dengan Tuanku Sultan Terengganu lagi?
Dulu kan pernah maki Tuanku….kan?
Ke dah lupa?
Takbirrr…..!!!
Mohd Nasir Abdullah