Khabarnya ada lebih 1.2 juta rakyat China yang masuk ke Malaysia, dikesan tidak keluar dalam tempoh 2018 hingga 2021.
Dengan hanya beberapa ribu dari kalangan mereka yang berkahwin dengan warga tempatan, angka ini sangat besar dan jelas membimbangkan kita semua.
Pelik, kerana tiada pula suara bantahan daripada PH yang begitu perihatin dan marah apabila suatu waktu dahulu, terutama sebelum PRU, rakyat Bangladesh, dituduh mempunyai kad pengenalan dan dapat mengundi.
Kad pengenalan itu mungkin palsu, mungkin juga kad betul yang sengaja diberikan bagi membantu BN, dakwa mereka.
Tetapi mengapa dengan kes rakyat China yang tiba-tiba hilang, tidak keluar dari Malaysia, PH mendiamkan diri mereka.
Tiada tunjuk perasaan dan laungan kemarahan bagi membantah kegagalan kerajaan mengeluarkan semula warga China ini, mengapa?
Atau, adakah ini hanya satu tuduhan bagi menuduh PH?
Wahai orang PH, jangan mengaku yang kamu menyokong hal kehilangan warga China ini.
Walaupun jelas, PH hanya disukai bukan Melayu.
Penyokong PH juga, jangan mengaku yang mereka dahulu pernah mempunyai seorang Adun bukan Islam yang dituduh merogol pembantu rumahnya, rakyat Indonesia, beragama Islam.
Kerana sebelum hukuman dijatuhkan, dia telah keluar parti.
Jadi, seharusnya, kesalahan yang dia lakukan itu ditempelkan kepada lawan PH kerana dia mahu menyertai Keluarga Malaysia.
Jadi penyokong PH, jangan bimbang, nama baik PH, kekal bersih dan suci.
Jangan juga mengaku yang ketika PH terpaksa meninggalkan Kerajaan Kedah, rezab negeri hanya sekitar RM40 juta sahaja, sehingga kemudiannya Kedah terpaksa berhutang untuk membayar gaji kakitangan.
Hutang Kedah juga, mesti PH sabitkan dengan kegagalan BN yang membuat hutang dahulu.
Jangan mengaku salah.
Mesti tegas pendirian.
Jangan juga dilupakan, kawasan balak yang diluluskan terdahulu ialah hasil daripada kebenaran BN.
Kalau boleh, masukkan sekali kejadian kepala air di Gunung Jerai itu.
Boleh juga cuba membuat naratif yang Kedah sengaja membuat bencana alam kerana dendam kepada Pulau Pinang, negeri PH, untuk dinafikan air bersih dari sungai Kedah.
Penyokong PH mesti membuat lawannya mengaku yang keadaan sekarang adalah hasil daripada cubaan lawan PH untuk menjatuhkan mereka.
Sebenanrnya, janji-janji PH berkenaan penurunan harga minyak, harga barang keperluan, masih relevan untuk dilihat.
Hanya sahaja rakyat yang tidak sabar menunggu semua itu dilaksanakan.
PH jangan mengaku yang tuduhan mengatakan PH gagal melaksanakan semua janji-janji itu.
Mesti dialihkan kepada Tun Mahathir, kerana dialah yang menghalang semua janji-janji itu dari dilunaskan.
Fahamilah wahai rakyat, semua yang berlaku kepada PH ini, semuanya bukan salah PH.
Eh, bukankah dulu PAS pun sama, marah kat Bangladesh, kata SPR menipu.
Ya memang PAS marah, tetapi dalam masa yang sama, PAS percayakan kepada ayat al-Quran….ayat yang menyebut tentang wamakaru, wamakarallah.
Kita tetap usaha merancang, melawan walau dalam keadaan terikat.
Tapi, kalau ada yang tak percaya pada ayat al-Quran, tak tahulah.
Kita sedang menunggu lagi dua kes.
Seorang bekas Ketua Menteri dari PH, kerana kes rasuah.
Seorang lagi Adun PH untuk kes dadah.
PH jangan bimbang, kalau disabitkan kesalahan dan dihukum, sebut saja pada orang ramai yang dua orang itu sudah menyertai PAS.
PAS OK jer, tak marahpun.
Mesti rakyat percaya.
Mohd Nasir Abdullah