Ubah Dari Tak Baik Kepada Baik

Ubah Dari Tak Baik Kepada Baik

UMNO Terengganu cuba gerakkan kempen UBAH.

Yakni untuk tukar kerajaan PAS Terengganu kepada UMNO.

Cuma kita perlu lihat beberapa fakta ini sebelum bersama kempen UBAH tajaan UMNO.

1. Terengganu berada di tangga pertama dalam ketelusan pemaparan Belanjawan Negeri berasaskan Indeks Terbuka Belanjawan Malaysia (MyOBI).

Kajian dilakukan oleh IDEAS tahun 2022.

2. Terengganu berada ditangga ketiga bagi Prestasi Ekonomi Negeri berasaskan pertumbuhan KDNK 2021 dengan 3.6%.

3. Terengganu di tangga keempat negeri paling bahagia di Malaysia berasaskan Indeks Kebahagiaan Rakyat Malaysia (MHI) 2021.

Di belakang Wilayah Persekutuan Labuan, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Kalau tak kira Wilayah Persekutuan, Terengganu Negeri paling bahagia di Malaysia.

Tiga fakta ini sudah pun merangkumi hal yang besar dalam pentadbiran negeri.

Soal ketelusan nombor satu, soal prestasi ekonomi nombor tiga dan soal bahagia pula nombor satu (kalau tak kira wilayah persekutuan).

Secara lojiknya hanya yang kurang akal sahaja mahu mengubah pentadbiran Terengganu yang cemerlang ini.

Sebetulnya UBAH dari tak baik kepada baik, seperti UBAH dari UMNO kepada PAS.

Maka hasilnya baik seperti fakta diatas.

Jika UBAH dari PAS ke UMNO itu kita panggil undur ke belakang. Mundur.

Malah itu berubah dari baik kepada tak baik (atau bahasa jaga hati, baca; kurang baik).

Ahmad Fahmi Mokhtar.

Kolumnis