Sharil Hamdan, KPEN UMNO respon pada tiga isu yang diambil daripada Majlis Pelancaran PN Terengganu.
Saya nak respon ringkas-ringkas sahaja.
Beliau agak tertarik untuk ulas berkenaan keyakinan Tan Sri Muhyiddin bahawa PAS/PN akan menang besar di Terengganu.
Respon saya pada Shahril dengan soalan.
Apakah anda gerun dengan keyakinan kami ini?
Sebelum ini kami ajak UMNO Terengganu bersama, tapi UMNO Terengganu jual mahal dan mulakan api perpecahan setiap kesempatan mahukan perlawanan.
Sekarang baru tahu gerun dengan sedikit ‘cucukan’ kami.
Itu la, tunjuk samseng sangat.
Isu manifesto PAS Terengganu dibawah Dr Sam.
Seronok betul Sharil claim yang manifesto yang dibuat PAS itu ditiru daripada BN.
Shahril jangan jadi kaki claim.
Berkenaan pemberian tanah, PAS bukan tiru UMNO tapi tiru kerajaan PAS tahun 1999-2004.
Sebanyak 60,000 lot tanah telah diberikan oleh PAS kepada rakyat ketika itu.
Shahril tahu tak, ada lebih kurang 13 ribu tanah rakyat ini, dirampas semula oleh UMNO selepas PAS kalah 2004.
Jadi PRU14, kita buat manifesto nak serah balik tanah yang UMNO rampas pada tahun 2004 ini pada rakyat.
Kita namakan tanah ini “tanah terkilan”, terkilan dengan kejahatan UMNO.
Tirukah begini?
Tiru mung.
Pemberian air percuma 20 meter padu.
Shahril kata PAS tiru UMNO.
Tiru UMNO tok mung.
Air percuma ini diinisiatifkan oleh Kerajaan Selangor Jun 2008.
Ketika itu PAS berada dalam kerajaan Selangor.
Teruk betul kaki claim si Shahril nie.
Cukup dua ini je nak jawab dakwaan-dakwaan Shahril.
Memalukan UMNO sahaja.
Owh satu lagi, Shahril ada tanya manifesto PAS daripada 100 hektar tanah Rizab Melayu di Terengganu sekarang dah berapa, PAS janji nak naikkan kepada 1000 hektar.
Sekarang dah 1,959.26 hektar.
Naik hampir dua kali ganda.
Shahril puas hati tak?
Patut Shahril kena malu nak sentuh isu tanah rizab Melayu di Terengganu.
Apa UMNO buat sampai tanah rizab Melayu tinggal 118 hektar sahaja di Terengganu.
Ada pun jika ada inisiatif yang sama, itu biasa.
Yang luar biasanya zaman UMNO dapat pada orang UMNO sahaja, tapi zaman PAS semua rakyat merasainya.
UMNO tak mahu BERSATU masuk dalam Muafakat Nasional, dia rujuk kenyataan TGHH.
Perkara ini Shahril tak perlu nafilah.
Nak pusing kat siapa, semua tahu UMNO yang tak mahu BERSATU masuk Muafakat Nasional sedangkan surat sudah diberi.
Malah, BERSATU juga sudah menjawab jemputan tersebut.
Tadi Shahril jadi kaki claim, sekarang nak jadi kaki spin pula?
Shahril anda memalukan anak muda, lebih baik anda kembali sedar dan mengikut jejak langkah Khairy Jamaluddin yang lebih bijak bicara politiknya.
Ahmad Fahmi Mokhtar