Siapa Yang Memenjarakan Najib?

Siapa Yang Memenjarakan Najib?

Akhir-akhir ini saya kerap meneliti dan mengkaji setiap pandangan YM Raja Petra (The Oracle) berkaitan kes SRC International Sdn Bhd.

Saya turut meneliti sikap dan pemikiran Lokman Nor Adam di dalam siri siaran langsungnya di pelbagai medium media sosial.

Saya bersetuju dengan pandangan YM Raja Petra bahawa Najib Razak dipenjarakan kerana tindakan orang sekelilingnya yang merasakan mereka pandai walaupun tidak menyebut secara terus nama Lokman Adam.

Jika Lokman Adam merasakan pendakwaan Najib Razak bersifat politik, maka strategi yang diatur oleh Lokman Adam sekarang sudah tentu strategi yang gagal.

Malam ini Lokman Adam mengatakan bahawa PH telah menukar Ketua Polis Negara (Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador) dan Peguam Negara (Tommy Thomas) serta Ketua Pesuruhjaya SPRM (Latheefa Beebi Koya).

Beliau terlupa yang Najib Razak turut bertindak sedemikian untuk menutup salah lakunya dimana pada ketika itu menukar Peguam Negara Abdul Gani Patail dengan Mohamed Apandi Ali dan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dr Abu Kassim Mohamed dengan Datuk Dzulkifli Ahmad kerana mencadangkan supaya Najib didakwa atas 1MDB dan jenayah lain berkaitan SRC pada 2015.

Ini menunjukkan bahawa PH pada ketika itu hanya duplicate apa yang telah dibuat oleh Najib Razak sebelumnya.

Tidak perlu berdalih bahawa Najib Razak sememangnya ada melakukan kesilapan, tidak ada sesiapa yang menganiayai beliau.

Namun tindakan Lokman Adam menyerang semua orang membuatkan Najib Razak sebatang kara dan tiada sesiapa dapat membantu beliau.

Cara Lokman Adam adalah mengugut dan meminta supaya semua pihak mendengar cakapnya seolah-oleh beliau adalah pakar strategi dan seseorang yang berfikiran tinggi.

Namun tindakan beliau seperti anjing gila yang hanya tahu menyalak tanpa memikirkan kesan dan padah yang akan menimpa bosnya.

Anuar Ibrahim walaupun menghadapi waktu sukar namun tidak dipenjarakan hingga 12 tahun dalam 1 pertuduhan, sudah tentu ada pihak yang menolongnya.

Nasib Lokman Adam keluar awal dari PKR kalau tidak saya rasa Anuar Ibrahim turut akan dipenjarakan hampir 30 tahun dengan nasihat strategi beliau.

Malam sebelum penghakiman dibaca Lokman Adam mendedahkan Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein terlibat dalam skandal helikoter dan Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob salah guna kuasa membawa Badan Perhubungan UMNO Negeri menaiki private jet ke Kedah dan selepas ini ke Amerika Syarikat.

Dengan cara ini orang tidak akan berani untuk membantu bos Lokman Adam (Najib Razak) sama ada untuk meringankan hukuman atau pegampunan diraja kerana suatu hari nanti sudah tentu mulut tempayan Lokman Adam akan mendedahkan semua perkara yang akan mengheret mereka semua kedalam masalah.

Begitu juga apabila Lokman Adam terus menerus menyerang Tun Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, seolah-olah ingin memutuskan terus hubungan siratulrahim.

Dalam siri pendedahan TSMY dan Tun Mahathir, Najib Razak sendiri pernah berjumpa dengan mereka untuk mengadu masalah beliau melibatkan 1MDB dan SRC International, ini bermakna Najib Razak sendiri berharap agar beliau dibantu oleh mereka.

Bayangkan jika mereka bantu untuk memohon Perdana Menteri supaya menurunkan hukuman dari 12 tahun ke 5 tahun sebagai contoh, sudah tentu malam itu juga Lokman Adam akan buat LIVE dan beritahu seluruh dunia bahawa TSMY dan Tun Mahathir mohon kurangkan hukuman Najib Razak dan bermakna selama ini mereka fitnah Najib.

Hal ini akan membawa masalah kepada mana-mana pihak yang ingin membantu meringankan sedikit bebanan Najib Razak.

Lokman Adam terbukti seorang yang tersangat bodoh dalam politik, dimana politik ini seninya seperti menarik rambut di dalam tepung.

Walaupun Najib Razak bersalah masih ada manusia yang akan simpati ke atasnya, kerana mereka berkawan lama bukan baru, tambahan pula Tun Mahathir yang mengenali Najib Razak sejak kecil sewaktu bertugas bersama dengan ayahda Najib Razak iatu Tun Haji Abdul Razak bin Dato’ Hussein.

Nasib Najib Razak juga kerana melantik dan mendengar nasihat dari manusia bodoh seperti Lokman Adam.

Hari ini Lokman Adam menyerang semua Ketua Bahagian UMNO dan ahli parlimen UMNO untuk mendengar cakapnya seolah-olah UMNO diasaskan oleh Lokman Nor Adam.

Beliau mendesak untuk pilihanraya dengan analisa tadikanya bahawa UMNO boleh menang 2/3 seperti keyakinan Lokman Adam ketika bertanding di Dun Sg Kandis.

Persoalannya sekiranya bubar parlimen dan UMNO kalah sudah tentu bosnya dan beberapa pimpinan yang lain akan meringkuk lebih lama di dalam penjara.

Sekarang ini sewaktu Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob menjadi Perdana Menteri sudah tentu UMNO memiliki kuasa untuk merayu pada Sri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong serta Majlis Raja-raja, selainnya membaiki hubungan dengan Tun Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengecilkan jurang permusuhan.

Begitu juga apabila Najib Razak masih dalam perbicaraan, hari-hari Lokman Nor Adam menyerang panel hakim dan keluarga mereka.

Pengikut Lokman Adam yang bodoh turut buat perkara yang sama kemudian menyalahkan Ismail Sabri kerana tidak berbisik kepada peguam Negara dan Hakim.

Kalau DS Ismail Sabri berbisik sekalipun sudah tentu mereka tidak akan dengar kerana PA Najib Razak ia itu Lokman Nor Adam yang hari-hari menyerang dan mengugur diri mereka dan keluarga.

Mohamad Shafiq Abdul Halim

Kolumnis