PAS sedang bermuktamar di Kedah dengan kedudukan Muafakat Nasional masih menjadi perbincangan untuk terus diberikan nafas demi penyatuan ummah.
Namun pada masa yang sama Presiden UMNO DSAZH memberikan pendirian jelas menoktahkan Muafakat Nasional dengan alasan yang dangkal.
Katanya UMNO perlu bergerak ke depan, membuat keputusan bergerak secara solo akibat tindak tanduk dan sikap PAS sendiri.
Tak perlu sedu sedan apabila PAS sendiri sentiasa main selamat dan mandi dalam beberapa kolam.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=613597030137549&id=100044617711053
Kolam yang dia maksudkan ialah bekerjasama dengan PPBM dengan menubuhkan Perikatan Nasional.
Sedangkan dia mungkin terlupa kepada jasa PPBM yang bertindak keluar daripada kerajaan PH sekaligus menamatkan penderitaan rakyat selama 22 bulan dan mengajak UMNO dan PAS menubuhkan kerajaan baru.
Jika tidak kerana tindakan PPBM keluar dari kerajaan PH, maka mungkin UMNO masih lagi terbuang oleh rakyat mengutip sisa-sisa sokongan untuk membina UMNO.
Namun sebagaimana rakyat sudah sedar DNA UMNO tidak mengenang jasa dan tidak reti berterima kasih malah secara bongkak dan tamak menjatuhkan TSMY yang enggan membantu DS Zahid menyelesaikan kes mahkamahnya yang bertimbun-timbun.
Siapakah Pengkhianat Yang Sebenarnya, PAS atau Zahid?
Muafakat Nasional termeterai hasil daripada persetujuan kedua-dua parti PAS dan UMNO untuk menjalinkan kerjasama sebagaimana kehendak rakyat yang berkehendakkan kepada penyatuan ummah.
Hasil kerjasama MN telah berjaya menggoncangkan kerajaan PH yang seterusnya mendorong PPBM untuk keluar daripada kerajaan PH yang berusia 22 bulan.
Demi mengenang jasa PPBM maka DS Zahid membuat keputusan untuk menjemput PPBM menyertai Muafakat Nasional (MN).
https://www.astroawani.com/…/umno-pas-jemput-bersatu…
Namun tidak berapa lama selepas PRN Sabah, DS Zahid tiba-tiba berubah tingkahlaku dan melanggar keputusan MT UMNO untuk terus bergabung dengan PN.
Ini disahkan oleh ahli MT UMNO sendiri.
Ahmad Zahid ternyata ‘melanggar’ keputusan majoriti untuk menggunakan formula Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
Ahli-ahli MT bersetuju untuk bergabung dengan PN atas nama BN.
https://www.astroawani.com/…/gabung-bn-pn-ahmad-zahid…
Berikutan kemenangan UMNO dalam dua PRN Melaka dan Johor seolah-olah memberikan gambaran sokongan rakyat kepada UMNO dan ini menyebabkan DS Zahid bukan sahaja enggan bergabung dengan PN malah menyatakan pendirian untuk melupakan kerjasama dengan PAS melalui MN.
Bak habis madu sepah dibuang begitulah sikap dan perangai yang kuat bersarang apabila mata dan hati digelapkan dengan kuasa dan wang.
https://www.sinarharian.com.my/…/muafakat-nasional-umno…
Siapakah pengkhianat sebenarnya?
Apakah yang mendorong Zahid menolak MN?
Ketika TSMY memegang jawatan PM, DS Zahid telah meminta bantuan daj campur tangan untuk menyelesaikan atau menangguhkan kes mahkamahnya.
TSMY memaklumkan beliau tidak boleh dan tidak akan campur tangan dalam prosiding mahkamah serta menasihati DS Zahid untuk membela dirinya.
https://www.bharian.com.my/…/ahmad-zahid-minta-saya…
Keengganan TSMY membantu DS Zahid seterusnya telah menyebabkan DS Zahid mengumumkan keputusan untuk keluar daripada MN sedangkan di pihak PAS masih terus berpegang kepada perjanjian MN.
https://www.utusan.com.my/…/umno-tetap-bergerak-solo…/
Malah lebih mengejutkan ialah DS Zahid yang mengetuai MKT sebulat suara bersepakat menarik balik sokongan terhadap kerajaan PN dan Muhyiddin selaku Perdana Menteri.
https://www.bharian.com.my/…/umno-tarik-sokongan-kepada…
Siapakah pengkhianat yang sebenar jika MN dikhianati, kerajaan TSMY juga turut dikhianati?
Apakah kesalahan yang telah DS Zahid lakukan sehingga beliau sanggup berubah keputusan untuk menafikan perjanjian MN dan menjatuhkan kerajaan TSMY?
DS Zahid mempunyai 47 pertuduhan atas salah laku pengubahan wang haram, pecah amanah dan rasuah.
https://www.bharian.com.my/…/zahid-hamidi-diarah-bela…
DS Zahid telah didapati menggunakan dana Yayasan Akalbudi untuk membayar bil kad kreditnya lebih RM1.3 juta yang digunakan untuk membeli-belah di gedung mewah seperti Giorgio Armani, Louis Vuitton dan Hermes.
https://www.astroawani.com/…/ahmad-zahid-isteri-guna…
DS Zahid juga menggunakan wang Yayasan Akalbudi untuk membayar cukai jalan dan insurans 20 kenderaan milik Ahmad Zahid dan tiga yang lain, isterinya, BZ Motors dan Juhari Janan, antara Januari dan September 2015.
https://www.astroawani.com/…/duit-yayasan-akalbudi…
DS Zahid juga telah menerima sebanyak SGD$13.56 juta dalam tempoh 40 bulan dari Oktober 2014 hingga Mac 2018.
Penyerahan wang tunai tersebut dipersetujui Syarikat Ultra Kirana Sdn. Bhd. (UKSB) yang mengendalikan permohonan visa luar negara (VLN) dan Pusat Sehenti (OSC) di China melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) supaya mereka tidak diganggu oleh syarikat lain.
https://www.utusan.com.my/…/ahmad-zahid-terima-sgd13…/
Siapakah pengkhianat sebenarnya jika duit yayasan diseleweng dan rasuah diterima?
Adakah UMNO redha dengan sikap DS Zahid?
Tidak sama sekali malah demi menghormati Presiden dan juga menjaga nama baik parti maka DS Zahid telah dinasihatkan untuk turun dengan cara yang baik melalui memorandum khas.
Memorandum itu diketuai oleh DSU Mohammad Hassan dan DS Najib dengan persetujuan 130 ketua bahagian namun gagal.
https://www.bharian.com.my/…/umno-pernah-setuju-pujuk…
Sekiranya kerjasama MN dinoktahkan maka siapakah rakan kerjasama yang baru pilihan DS Zahid?
Pemimpin UMNO, Tan Sri Annuar Musa mendedahkan wujud rancangan oleh individu tertentu yang akan cuba membawa UMNO bergabung dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP selepas berakhir pilihan raya umum (PRU) nanti.
https://www.agendadaily.com/…/saya-syak-umno-akan…/
Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkemungkinan menjalin kerjasama dengan ‘seterunya’ UMNO semakin kuat selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan telah wujud perbincangan tidak rasmi antara kedua-dua parti itu.
https://www.astroawani.com/…/anwar-ibrahim-sahkan-wujud…
DAP perlu menerima hakikat jika hanya penggabungan dengan Umno adalah satu-satunya jalan untuk menewaskan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Abdullah Sani.
https://www.malaysianow.com/…/dap-perlu-terima-hakikat…
DAP tidak akan menolak untuk bekerjasama dengan UMNO kerana apa sahaja boleh berlaku dalam politik, kata Setiausaha Agungnya, Anthony Loke.
https://www.astroawani.com/…/dap-tidak-tolak-kerjasama…
Sekiranya kerjasama MN tertegak akibat daripada usaha untuk menyelamatkan umat melayu Islam daripada penderitaan 22 bulan pentadbiran kerajaan PH yang terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah maka mengapa tiba-tiba Zahid sanggup mengkhianati rakyat untuk membentuk kerjasama dengan PKR dan DAP?
Siapakah sebenarnya yang telah mengkhianati penyokong-penyokong melayu Islam?
Apakah hubungan Zahid dengan Anwar?
Anwar dan Zahid mempunyai hubungan yang erat dan istimewa ketika era pentadbiran Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Anwar sebagai TPM dan Zahid waktu itu berkiblatkan Anwar.
Menurut Mohd Sayuti Omar telah mendedahkan Zahid adalah ‘khadam Pak Sheikh’ atau dalam erti kata lain macai Anwar.
https://www.malaysia-today.net/…/konspirasi-zahid…/
Malah ketika Persidangan Agung UMNO kedua-dua pemimpin itu saling bertukar pandangan dan pendapat.
DS Zahid mengesahkan ada berbual dengan Anwar yang dia anggap sebagai cikgunya.
“No, no, okay, okay, I tengok ucapan you bagus, and then you did mention about majlis tertinggi, and of course kita nak finish the game.
https://www.astroawani.com/…/rakaman-audio-didakwa…
Walaupun sebelum itu di hadapan ribuan perwakilan UMNO dari seluruh pelusuk negara, DS Zahid melaung-laungkan No DAP! No Anwar! tetapi di belakang perkara lain yang berlaku.
https://www.bharian.com.my/…/no-bersatu-no-anwar-no-dap…
Malah lebih sangat mengejutkan ialah DS Zahid sanggup bersekongkol dalam konspirasi Anwar untuk menjadi PM.
Ini diakui oleh DS Tajuddin yang mendakwa diminta menandatangani Akuan Bersumpah (SD) kerjasama persetujuan melantik DS Anwar untuk menjadi PM.
https://www.utusan.com.my/…/kerjasama-zahid-anwar-saya…/
Siapakah yang mengkhianati laungan No DAP dan No Anwar di hadapan ahli-ahli UMNO?
Akhir sekali ialah, apakah menariknya Anwar dan PH kepada Zahid?
Mungkin Zahid melihat Anwar dan PH adalah satu-satunya jalan keluar kepada kes mahkamah sebagaimana PH berjaya menggugurkan kes profil tinggi Lim Guan Eng Pengerusi DAP daripada kesalahan rasuah rumah banglo.
Hanya PH sahaja mampu lakukan apa yang MN dan PN tidak mampu.
Hanya PH sahaja. Ya PH lah penyelamat yang boleh diharapkan oleh Zahid.
https://www.bharian.com.my/…/sprm-terkejut-keputusan…
Sebagai penutup apa yang bermain di fikiran ialah siapakah pengkhianat?
Dan siapakah yang telah dikhianati, PAS, PPBM, MN, negara, rakyat, penyokong UMNO atau ahli UMNO atau UMNO?
Biarpun panjang yang ditulis namun saya pulangkan kepada pembaca, siapakah pengkhianat?
Bak kata Nabil “Lu pikirlah sendiri”.
Maverick