Pertama, perkataan jika atau kalau selepas sesuatu itu berlaku ialah perkataan syaitan.
Tapi kami dah maklum hai tu, hang bukan pandai pasai agamapun.
Ulamak hang tukang baca doa dalam majlis jer, sama macam BN yang hang duk hingaq dulu.
Nak mengaku parti Islam macamana, kalau basicpun tak lepaih.
Keduanya, Presiden PAS bukan gila jawatan, apa lagi kalau nakkan jawatan tu, kena jadi khadam si kafir.
Duk sibuk Presiden PAS yang takleh jadi PM, hang sendiri kat Kedah, kenapa tak boleh jadi MB?
Nak menipu oghang, biaq kena ceghita cek oiiii.
Ketiga, hang masih tak boleh nak ubah strategi, mesti korek balik kubur dua almarhum bekas Presiden dan Musyidul Am nak buat perisai, berlawan dengan Presiden PAS sekarang.
Takdak oghang lain yang hang boleh guna?
Keempat, kalau Presiden PAS teruk bebenor, kenapa beliau bukan sahaja dikekalkan oleh dua almarhum sebagai orang penting dalam jemaah dahulu, malahan sehingga perwakilan juga, sebulat suara menyokong beliau kekal menjadi Presiden tanpa bertanding, termasuklah juga hang, masa hang duduk dalam PAS (cuma sekali hang try suruh Ahmad Awang lawan)?
Hang pulak, yang konon baik, hebat, lepas tu, kena tendang keluaq.
Loqlaq betui hang ni.
Kelima, hang habaq, Umno sentiasa berusaha memecahbelahkan gabungan PR kerana takut PR berkuasa.
Betuilah tu, sebab Umno musuh ‘kita’ waktu tu.
Tapi, la ni, hang dengan kawan-kawan hang duk sibuk nak pecahkan PN dan MN pasai apa?
Hang takut Melayu Islam bersatukan?
Hang takleh caghi makan.
Keenam hang habaq, soal rasuah hang dengan kawan-kawan hang memang tolak dari awai.
Hang toksah mengarutlah, pakatan hang sendiri ada 27 kes rasuah, BN 90 lebih, PAS kosong.
Hang sembang gebang, gajah teghebang, babi terkangkang.
Teruk dari BN sebab BN dekat 70 tahun baghu banyak tu, hang tak sampai lima tahun, tu diaaaa…27 baq hang.
Ketujuh, hang ingat, ada PAS kisah?
Mohd Nasir Abdullah
