Ada yang sinis bila saya tulis berkenaan konsert di Kelantan.
Kalau dah dosa tu, tak payahlah pertahankan.
Suka saya jelaskan sedikit lagi kerana kelihatannya penyokong PAS sendiri yang keliru. Begini:
1-Enakmen berkenaan kawalan hiburan di Kelantan, telah wujud semenjak 90-an lagi kerana PAS melihat ada ruang kawalan hiburan yang dibolehkan. Ia tidak haramkan terus sebagaimana judi.
2-MB masa tu ialah almarhum TGNA. Digubal sebegitu rupa oleh kumpulan ulamak, bukan seorang dua ustaz, kerana mahu mengawal hiburan, bukan menjadikan konsert sebagai barang perlu.
3-Apabila enakmen sudah ada, maka sesiapa yang menuruti kehendak enakmen, kerajaan juga harus meraikannya. Kalau dibatal tanpa sebab, buat apa diwujudkan enakmen?
Seperti kita buat jamuan dan bagitahu waktu majlis 3-4 petang. Bila orang datang pada waktu itu, kita tidak buka pintu. Habis buat apa jemput masa tu?
4-Anda yang nak syadid, boleh, silakan tapi jangan syadid terpilih. Syadid biar pada semua perkara lagha dan dosa. Bola contohnya, adakah garis panduan lelaki perempuan tidak boleh bercampur dalam stadium? Dalam hal pemisahan tempat duduk ini, kelihatan konsert lebih baik fungsinya.
Bagaimana bahasa yang keluar dari mulut bila pengadil kelihatan berat sebelah?
Bolehkah dikawal penonton terlompat-lompat?
Sama juga dengan head banging semasa konsertkan?
Sehingga kini, tak nampak lagi ada bantahan terhadap bola, sebagaimana bantahan keatas konsert terkawal ini.
Atau sudah wujud enakmen kawalan menonton bola?
Atau anda takut dikecam kerana melawan arus bola?
Itu belum dibahas mengenai aurat pemain lagi.
Bola juga berlangsung saban minggu, lebih kerap dari konsert.
Dalam politik, kalau nak berkeras dalam hal yang furu’, jelaslah kita tak tahu nak tackle mad’u kita. Kemudian kerja kita serang sesama sendiri, sebab hal cabang.
Entahlah, ikutlah….bagi aku ulamak PAS tahu apa dia buat.
Bahkan mufti-mufti Umno atau PH tidak menghentam enakmen ini.
Mohd Nasir Abdullah