Saya terbaca kenyataan rasmi Pejabat Agung PAS Pusat.
Saya rasa terpanggil untuk memberi pandangan apabila kenyataan yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung PAS, YB Takiyuddin Hassan pada 25hb November 2022, menyatakan YAB Perdana Menteri ada membuat tawaran kepada PAS/PN untuk menyertai Kerajaan Perpaduan.
Pastinya ada pro dan kontra daripada ahli-ahli PAS sendiri.
Maka tidak salah saya memberi sedikit pandangan di samping pandangan-pandangan lain yang mungkin lebih bernas.
Bagi saya, PAS/PN wajar menerima tawaran tersebut jika ada perundingan lanjut yang positif dengan PM.
Termanya mesti dibincang dan dijelaskan.
Secara ringkasnya, saya melihat keperluan untuk PAS/PN memikirkan tawaran tersebut.
Antara kebaikan PAS/PN berada dalam kerajaan perpaduan adalah agar berlaku ‘check and balance’ dalam kerajaan itu sendiri.
Tanpa PAS/PN kemungkinan DAP akan menjadi racun yang cukup ampuh untuk merosakkan Islam secara halus.
Dengan PAS/PN menjadi sebahagian daripada kerajaan diharapkan peruntukan kepada negeri Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu dapat diagihkan secara adil.
Begitu juga tentang royalty petroleum bagi negeri Terengganu dan Kelantan.
RUU355 sudah berada di peringkat akhir.
Ruang untuk mendapat sokongan majority akan lebih mudah sekiranya PAS/PN berada dalam kerajaan.
Perbincangan untuk persempadanan semula kawasan pilihanraya termasuk penambahan Parlimen-Parlimen baru di Terengganu, Kedah, Kelantan dan mana-mana kawasan kependudukan yang besar atau luas dapat dibawa ke Parlimen.
Demikian antara apa yang saya fikirkan demi kebaikan ummah.
Apapun saya serahkan kepada kebijaksanaan pemimpin Jemaah yang pastinya lebih holistic penilaian baik dan buruknya.
Salam Muhammad