Panas telinga Orang UMNO Dengar Pandangan Terus Dari Profesor Ulung Shamsul Amri

Panas telinga Orang UMNO Dengar Pandangan Terus Dari Profesor Ulung Shamsul Amri

Ada ahli UMNO tidak boleh terima pandangan sinis Profesor Ulung Datuk Shamsul Amri.

Beliau banyak beri pandangan di Astro Awani dalam ruangan Agenda Awani, pandangan beliau mampu memanaskan hati dan memerahkan telinga ahli UMNO, bukan semua ahli UMNO tetapi UMNO yang dahulu meludah dan sekarang sedang menjilat DAP sahaja.

Terma-terma kata yang diberikan membuatkan kaki-kaki UMNO team Zahid Hamidi tak puas hati.

Antara terma kata beliau yang team Zahid tak suka dengar ialah Kerajaan Anwar-DAP-BN adalah kerajaan Poligami bukan kerajaan perpaduan. Beliau juga tidak setuju digunakan terma kerajaan 2/3 kerana sokongan yang diterima Anwar-DAP dan UMNO ( team Zahid Hamidi) bersifat kepentingan.

Kerajaan Anwar-DAP-UMNO (team Zahid) ini sementara sahaja. Ada banyak pemboleh ubah bakal berlaku. Bertukarnya kepimpinan UMNO adalah pemboleh ubah yg paling besar.

Profesor Ulung ada memberi pendapat bahawa, PRN di beberapa negeri yang akan menyusul tahun depan akan menyaksikan hukuman mati kepada UMNO/BN. PRU15 baru-baru ni cuma istilah hukuman berat sahaja.

Rakyat akan dapat melihat kemungkinan ada DUN yang UMNO BN masuk bertanding boleh hilang deposit.

Profeso Ulung ada menyebut, DUN-DUN kawasan Melayu di Negeri Sembilan dan Selangor bakal menyaksikan penolakan total rakyat pada UMNO.

Panas telinga orang UMNO mendengar pandangan direct to the point dari Profesor Ulung Shamsul Amri.

Kita berharap situasi ini kekal sehingga PRN. Senang kita nak hukum pemimpin yang dahalu ludah DAP dan sekarang JILAT DAP.

Long Middin

Kolumnis