Alhamdulillah ramai yang bersolidariti bersama Pemuda PAS Terengganu.
Nasib baik Tunku dah meninggal, kalau tak, mungkin almarhum akan menjadi PM pertama yang ditangkap polis kerana menghunuskan senjata.
Baru aku tahu sebab apa KJ kena pecat dan H2O kena gantung.
Rupanya zaman muda dia orang pernah main senjata tajam.
Lama Umno tunggu nak ambil tindakan, semua Presidennya tak berani.
Wakil Gerakan juga menyatakan sokongan kepada Pemuda PAS dengan mengangkat dua replika keris.
Sepatutnya lembing, sebab kung fu lebih sinonim dengan lembing. Tapi tak apalah.
Sekarang kena keluar BN. Tulah, cari pasal sangat.
Presiden PAS juga menunjukkan sokongan dengan menjulang keris.
Beliau dalam potret itu, bersama seorang yang tidak mahu dikenali kerana dia sekarang menjadi pegawai kerajaan, takut kena ambil tindakan oleh PM nanti.
Oleh itu kita kaburkan wajahnya sebab kasihankan dia.
Tiada dalam gambar ialah bekas Ketua Pemuda Umno tahun 1987 pernah berkata dalam satu perhimpunan “basahkan keris Melayu dengan darah Cina”.
Waktu itu, ada pertikaian antara Umno dan MCA yang diketuai oleh Lee Kim Sai yang ketika itu menjadi Menteri Buruh.
Jelas Presiden Pan, Datuk Seri Mohammad Sabu, “Yang kena tangkap, aku, Karpal Singh, Lim Kit Siang. Depa pi bercuti luaq negara”.
Cerita ini diulang-ulang oleh beliau, dalam ceramah ketika beliau masih dalam PAS.
PM-10 waktu itu, baru sahaja melepaskan jawatan Ketua Pemuda kepada penggantinya.
Dan Ketua Pemuda itu sekarang berada dalam penjara.
Tapi bukan kes nak basahkan keris dengan darah Cina.
Nak tangkap PAS sebab isu rasuah, tak boleh.
Tunggu punya lama, alih-alih nama orang lain naik dulu kat SPRM.
Asyik kena potong barisan jer PAS ni.
Jadi trylah isu ni pulak, isu ganas.
Bulan lepas dah try cakap budak PASTI ganas, Ameerah pemfitnah, orang tak nak percaya. Cuba orang muda pulak.
Mohd Nasir Abdullah