Inikah Bencana Untuk Melayu?

Inikah Bencana Untuk Melayu?

Tidak dapat dipastikan bagaimana perasaan orang-orang Melayu terutama ahli dan penyokong UMNO apabila nasib Melayu ‘disembelih’ di tanah airnya sendiri.

Tidak dapat berselindung lagi dendam dan kezaliman ‘mereka’ terhadap bangsanya sendiri.

Kalaupun ada DAP menjadi Tok Dalang, tidakkah terdetik di hati bahawa bangsa sendiri yang menjadi mangsanya?

Kerajaan PHBN pasti ada motif apabila menafikan royalti petroleum untuk Terengganu dan Kelantan.

Siapakah tidak dapat membacanya sebagai zalim dan dendam?

Di Terenganu dan Kelantan, sekitar 90% rakyatnya adalah berbangsa Melayu.

Siapakah dapat menafikan bahawa dengan disekatnya royalti, bantuan dan projek untuk negeri-negeri Melayu terbantut?

Kesannya pasti akan dirasai oleh tua, muda dan anak-anak kecil Melayu yang sepatutnya mendapat manfaat langsung atau tidak langsung daripada wang tersebut.

Begitu juga apabila kerajaan membatalkan penghapusan hutang peneroka Felda.

Hampir keseluruhan peneroka Felda terdiri daripada orang-orang Melayu.

Kenapa kerajaan PHBN begitu kejam menarik balik apa yang telah diberikan oleh PM8 Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Apakah motifnya selain daripada pengkhianatan kepada peneroka-peneroka yang sebahagian besarnya terdiri daripada golongan B40 Melayu?

Nasib sama menimpa Melayu Kedah apabila pembinaan lapangan terbang baru di Kulim, dibatalkan.

Lapangan tersebut akan meningkatkan lagi ekonomi dan pembangunan di Kedah yang merupakan sebahagian daripada ‘Malay Belt’.

Sebaliknya PM10 bercadang menaik taraf kemudahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Lapangan Terbang Subang.

Negeri yang sedia maju bertambah maju.

Negeri-negeri ‘Malay Belt’ sejak merdeka terpinggir dan dianaktirikan.

Anwar Melayu. Zahid Melayu. Mat Sabu Melayu. Azalina Melayu. Rafizi Melayu.

70% menteri-menteri berbangsa Melayu/Bumiputera.

Walau apapun aliran perjuangan mereka namun semua masih sekulit dan sebangsa.

Tetapi kenapakah yang 70% itu mengkhianati dan menzalimi bangsa sendiri?

Apakah yang berbaki 30% lebih berkuasa dan menentukan dasar negara?

Apa matlamat mereka berpolitik sebenarnya?

Kalau perjuangan kerana agama, tidak nampak pun usaha mengangkat darjat mahkamah dan perundangan syariah.

Tiada usaha memperhebatkan dakwah Islamiyyah.

Sebaliknya makin ketara kuliah ustaz disekat-sekat.

Konsert dan kehadiran artis import pula diambil ‘berkat’.

Kalau perjuangan atas nama bangsa, nampaknya UMNO sendiri pun sudah cair prinsipnya.

Kalau dulu-dulu, dalam PAU agenda Melayulah dilaung dan didendangkan.

Kini ke manakah menghilangnya suara itu?

PWTC sendiri pun telah ‘ditawan’ oleh seteru.

Tidakkah akar umbi UMNO terasa sendu?

Kalau perjuangan demi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat, lagilah sukar dilihat.

Beban sara hidup semakin hari semakin berat.

Kalau harga ayam dan telor pun tak boleh dikawal, apa lagi yang boleh diharap.

Sudahlah harga udang dan sotong naik melambung.

Ikan ‘baja’ pun buat rakyat menjadi bingung.

Natijahnya, wajah-wajah Menteri kelihatan didominasi Melayu.

Bijaknya mereka mencatur agar bangsa Jawi mengelamun masih berkuasa.

Maka seantero negara, mereka bergumbira.

Kerana ‘licik’ Zahid mengekalkan takhta.

Konon menang sedikit tetapi masih berada di Putrajaya.

Jangan dipertikai. Jangan ditangisi.

Kalau inilah kerajaan hasil mesyuarat raja-raja yang disayangi.

Untukmu bangsaku, tunggulah 5 tahun lagi untuk bersedih atau bergelak ketawa.

Sebelum bertukar menjadi ‘Singapura’.

BayangDiAir

Kolumnis