Kelakarnya kenyataan ni.
Bagi aku, ia hampir sama macam pondan ‘transgender’ yang aktif berkata kepada orang yang ‘menganjing’ kat dia:
“Kalau nak jatuhkan aku kerana aku mempertahankan kejantanan aku, silakan”.
Berkerut dahi orang yang mendengar untuk memahaminya.
Ini aku bukan maksudkan PMX pondan, sekadar buat analogi.
Rekod rasuah yang lepas, sebelum PRU14, iaitu 2018, PH ada 27 kes rasuah yang disabitkan dan BN, rakan strategik baharu PH ada 92 kes.
PAS sifar dan ia kekal sehingga sekarang, alhamdulillah.
Apa pimpinan PH buat?
Hanya sembang tentang integriti?
Mungkin ada, tapi ia tidak mencukupi.
Rakyat cukup bijak, mereka cari sahaja di Google, sudah cukup untuk mendapat maklumat lengkap.
Masalah bila orang rasa rakyat ini, semuanya bodoh.
Dia langsung tidak menghormati keintelektualan rakyat.
Ingat semua bodoh macam walanon ke?
Ini bukan zaman Tok Kaduk, ini zaman yang begitu pantas bergerak dan mudah untuk mencari info-info, termasuklah bahan sejarah.
Sekadar beberapa tangkapan terhadap musuh, untuk timbulkan persepsi, menggunakan kuasa, memanglah walanon kagum dan percaya ia sudah dikira bersalah, walau mahkamah belum bersidang.
Itu memang sikap semulajadi mereka, apalagi jika diupah.
Keterdesakan mereka dalam menghadapi kemaraan musuh yang semakin dipercayai rakyat itu, jelas kelihatan dengan ugutan demi ugutan, persis gaya BN pada suatu ketika dahulu, sering menyalahgunakan kuasa mereka bagi mengekang musuh politik mereka.
Ini bukan tuduhan beromong kosong dari aku, ini omongan dari mulut PMX sendiri, suatu ketika dahulu.
Ayat yang paling diingat oleh semua pemuja PMX sewaktu menjadi musuh kerajaan dahulu ialah ‘BN hanya menjaga perut dan benda di bawah perut’.
Boleh dikata semua pimpinan BN membaham wang rakyat, tiada yang baik daripada BN di sisi pandangan beliau.
Namun sehingga sekarang, masih terkial-kial meminta tempoh daripada Tun Mahathir, musuh yang paling dibencinya dahulu, untuk mencari bukti kekayaan Tun yang beliau tuduh itu, kerana ancaman saman oleh Tun.
Jadi selama 24 tahun menuduh Tun, ke mana pergi bukti-bukti itu semua?
Dan semua tindakan BN terhadap beliau selama beliau menjadi pembangkang, dianggap sebagai menekan, salah menggunakan kuasa terhadap musuh, perbicaraan yang tiada keadilan, berat sebelah, teori konspirasi, sistem kehakiman telah musnah dan sebagainya.
Ini adalah fakta dan masih terngiang-ngiang lagi suara beliau yang sedikit sengau itu, ‘sedagha….’ berucap dalam pidatonya, berapi-api bagi menaikkan perasaan benci rakyat terhadap BN waktu itu.
Rakyat begitu mempercayainya.
Dan sekarang adalah tempoh membuktikan itu semua.
Malangnya, sehingga kini, kelihatannya gagal, tidak memenuhi aspirasi yang rakyat sandarkan kepada beliau selama ini.
Ia hanyalah sebuah retorik dan ada yang mengatakan lebih teruk daripada BN.
Sesuatu yang harus kita terima, mungkin?
Rekod bersih pemerintahan PAS ini untuk dibaca oleh orang yang ada akal, yang benar-benar mahukan kerajaan yang bersih.
Dalam dendam dan kebencian PH, mahu tidak mahu, mereka terpaksa akur dengan rekod jemaah yang bertunjangkan Islam ini.
33 tahun PAS Kelantan memerintah tanpa ada kes rasuah, bukti apa lagi yang lebih hebat untuk semua manusia yang ada integriti mahu hadamkan?
Mohd Nasir Abdullah