Inilah lebih kurang apa yang disebut oleh Ahmad Said dalam Wacana Sinar semalam.
Abang Mat kalau tiada isu nak serang janganlah guna fitnah dan tipu.
Mari kita lihat data yang ada;
1. Perumahan Padang Setengge telah siap sebanyak 234 unit rumah.
Baru satu projek perumahan pun sudah menunjukkan bahawa abang Mat Id menipu dalam Wacana Sinar yang disiarkan live itu.
2. Perumahan Kerteh Sri Gemilang 2 sebanyak 138 unit rumah.
3. Perumahan Seri Buchu sebanyak 106 unit rumah.
Cukuplah dahulu tiga data perumahan ini yang sudah pun berjumlah sebanyak 478 unit buah rumah.
Macam mana dengan muka penuh yakin dan bengis, Abang Mat kata hanya 200 unit dibina dalam tempoh 5 tahun.
Ini baru saya berikan tiga perumahan.
Sudah pun menampakkan betapa penipunya Abang Mat.
Macam inikah gaya nak memimpin Terengganu, jauh beza dengan yang dah ada kini.
Owh sebelum terlupa, pasti Abang Mat perasan dan rasa macam pernah tengok je nama tiga perumahan yang saya berikan ini kan?
Mestilah Abang Mat familiar, sebab inilah tiga projek perumahan yang terbengkalai pada zaman UMNO dan terpaksa disiapkan oleh kerajaan PAS Terengganu.
Perumahan Padang Setengge
Terbengkalai : 2014
Dipulihkan. : 2022
Perumahan Seri Buchu
Terbengkalai : 2012
Dipulihkan. : 2021
Perumahan Kerteh Sri Gemilang 2
Terbengkalai : 2011
Dipulihkan. : 2020
Kalau projek rumah zaman Abang Mat sebagai MB pun terbengkalai.
Macam mana dengan penuh yakin Abang Mat boleh nak tipu rakyat bahawa kerajaan PAS bina 200 rumah sahaja.
Ahmad Fahmi Mokhtar