Apa Beza Howard Lee Dengan Wakil Non Muslim Dalam PAS Dalam Mengungkap Ayat Al-Quran?

Apa Beza Howard Lee Dengan Wakil Non Muslim Dalam PAS Dalam Mengungkap Ayat Al-Quran?

Beberapa wakil non-Muslim PAS (DHPP) dalam beberapa video yang sempat saya ikuti, mereka hanya membaca terjemahan ayat al-Quran tanpa membuat ulasan diluar konteks.

Antaranya, ada yang membaca terjemahan surah al-Hujuraat yang menerangkan penciptaan manusia lelaki dan perempuan, berbilang bangsa – untuk saling kenal mengenali.

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling takwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”

Terjemahan ini dibaca oleh DHPP sebagai memaklumkan bahawa Islam tidak membawa ajaran rasis dan asobiyyah – saling mengenali untuk saling hidup harmoni, saling menghormati antara satu sama lain.

DHPP tidak membaca untuk melabel sesiapa sebagai khawarij.

Apa beza dengan ulasan Howard Lee?

Howard Lee membaca terjemahan surah an-Nisa ayat 59 – sebagai cubaannya untuk menguatkan hujahnya yang melabel umat Islam yang tidak menyokong pihaknya sebagai khawarij.

Dalam kata lain, Howard Lee guna ayat al-Quran untuk ‘attack’ orang yang tidak sehaluan dengan kerajaan sebagai khawarij.

Howard Lee juga tidak membaca terjemahan sehingga habis untuk ayat surah an-Nisa:59 itu.

Ayat penuhnya adalah:

“Wahai orang-orang yang beriman! Taatilah Allah dan taatilah Rasul (Muhammad), dan Ulil Amri (pemegang kekuasaan) di antara kamu. Kemudian, jika kamu berbeda pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah kepada Allah (Al-Qur’an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.”

Terjemahan yang dibaca oleh Howard Lee terhenti pada ‘taati ulil amri’.

Tetapi dia tak baca terjemahan seterusnya yang menerangkan jika kita ada perbezaan pendapat dengan ulil amri – hendaklah kita kembali merujuk kepada Allah dan Rasul.

Maksudnya kembali merujuk kepada al-Quran dan as-Sunnah.

Kenapa dia tak baca habis?

Sebab ia tidak menyebelahi hujahnya untuk melabel orang sebagai khawarij.

Beza Howard Lee dengan DHPP adalah geng DHPP baca ayat untuk penyatuan, keharmonian dalam masyarakat majmuk, manakala Howard Lee membaca sekerat ayat untuk melabel orang yang tak suka kepada parti PH yang mentadbir kerajaan sebagai khawarij.

Tulisan ini tidak menghentam sesiapa, hanya menunjukkan perbezaan yang orang sengaja buat-buat tak nampak sahaja.

Saya berpendirian, Howard Lee boleh study dengan orang yang betul jika benar-benar nak study pasal al-Quran, belajar semua.

Boleh follow dan belajar juga dari PAGE Tadabbur Centre yang selalu ada Live kuliah tafsir yang cool dan non-politician punya cara penyampaian.

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

Kolumnis