Tak usahlah Menteri ultra kiasu nak putar-putar kata boleh jadi sup ayam, sup kambing, sup kepala bapak kau
Tanyalah orang Cina, bila sebut bak kut teh, adakah ia boleh bertukar jadi sup herba ayam, sup herba kambing atau apa-apa sup selain babi
Sudah sinonim, sebut sahaja bak kut teh, ia adalah sup herba babi.
Walaupun perkataan ‘bak’ itu tidak merujuk kepada babi.
Bak itu adalah daging sudah sinonim dengan babi.
Sebab itu, Menteri ultra kiasu yang suka makan babi tidak perlu berdolak dalih untuk membuktikan yang dirinya betul dan tidak rasis.
Jarang sangat orang Cina buat sup herba tanpa babi.
Apatah lagi nak letak lembu atau kambing dalam sup tersebut kerana kebanyakan Cina tidak suka makan lembu, ada yang langsung tidak makan lembu.
Majoriti mereka suka babi.
Menteri ultra kiasu jangan nak menegakkan benang basah.
Mereka ini memang ada perancangan untuk menegakkan ketuanan Cina di tanah Melayu.
Cadangan kampung baru Cina sebagai warisan UNESCO juga adalah salah satu daripada bagi menegakkan ketuanan Cina
Hakikatnya, memang cadangan menjadi sup babi ini sebagai makanan warisan memang sangat mencabar sensitiviti majoriti Melayu.
Ultra kiasu ini langsung secara sengaja tidak mahu faham akan sejarah negara ini, yang bersendikan Melayu Bumiputera dan Islam.
Apabila laungan ketuanan Melayu bergema bukan main lagi mereka marah, meskipun ketuanan melayu itu tidak ditegakkan secara nyata, sekadar laungan semata.
Tetapi apabila mereka mahu menegakkan ketuanan Cina, mereka mahu orang melayu diam, tidak berkata apa-apa.
Jika ada yang menentang, akan dituduh sebagai rasis.
Mereka rasis boleh, orang lain tidak boleh.
Justeru, hati-hatilah dengan ultra kiasu ini dan perancangan mereka untuk menegakkan ketuanan Cina dalam sebuah negara Melayu.
Mohd Ridhuan Tee Abdullah