PMX Vs MB Terengganu – Perbandingan Yang Senget

PMX Vs MB Terengganu – Perbandingan Yang Senget

Satu bentuk kata yang pelik-pelik daripada pentaksub PMX.

“Kalau Dr Sam lebih pandai daripada PMX untuk tadbir negara, kena buktikan kemampuan mentadbir Terengganu dulu?”

Wait… PMX pula pernah tadbir negeri mana sebelum jadi PM?

Tak pernah jadi MB mana-mana negeri pun.

Hampir-hampir jadi MB Selangor melalui Langkah Kajang sahaja.

Pengalaman menjadi Menteri kabinet, Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri mungkin menjadi sandaran pentaksub.

Nak kena buktikan Terengganu boleh hidup tanpa Royalti Minyak.

Tapi kerajaan pusat selamba sedut hasil minyak Terengganu melalui syarikat-syarikat minyak.

Sebetulnya, kerajaan pusat dan PMX lah yang sepatutnya kena buktikan tak perlu kepada hasil minyak Terengganu – kerana PMX sangat terer cari duit.

Serahkan 100% hasil minyak kepada Terengganu, dah memang hak Terengganu.

Setiap negeri dalam Malaysia ini terikat dengan perjanjian Persekutuan Malaysia, federalisme.

Dengan kata lain, negeri-negeri kena serah banyak benda kepada bidang kuasa pentadbiran pusat menurut perjanjian.

Bukan sebab negeri-negei lemah dan bodo tak reti urus hasil mahsul bumi masing-masing.

Disebabkan perjanjian inilah segala hasil mahsul cukai semua negeri-negeri lepaskan kepada pusat.

Negeri hanya pegang bab agama, tanah dan air.

Sebagai timbal balas atas penyerahan kuasa negeri kepada pusat, maka perjanjian menetapkan pusat kena salurkan dana, duit dan segala bentuk kewangan mengikut perjanjian – bukan sebab pusat bermurah hati atau PMX itu bagus.

Samada kerajaan negeri reti atau tak reti cari duit, hak negeri adalah menerima dana daripada pusat sebagaimana perjanjian.

Setiap negeri dikurniakan struktur geografi dan demografi yang berbeza.

Ia membentuk sosio-ekonomi dan sumber hasil bumi yang berbeza antara negei-negeri.

Ditakdirkan Kedah dan Perlis miliki tanah subur yang luas, sesuai dengan penanaman padi.

Maka Kedah-Perlis menjadi negeri utama pengeluaran padi.

Walaupun ada propaganda mengatakan Sekinchan dan Seberang Perai mengeluarkan padi yang banyak dan hebat, tetapi Kedah tetap mengeluarkan hasil hampir sembilan kali ganda hasil padi negeri-negeri seluruh negara termasuk Sekinchan.

Itu georafi Kedah begitu, hasilnya padi disamping ada hasil-hasil lain.

Terengganu pula takdirnya kaya dengan hasil petroleum.

Tak ada di Melaka, Johor, Selangor, Pahang etc.

Hasil bumi Terengganu begitu takdirnya untuk rakyat Terengganu.

Namun akibat perjanjian federal Malaysia, Terengganu kena give up hasil Petroleumnya kepada pusat yang mana hasil keuntungan petroleum daripada syarikat-syarikat minyak diserah kepada pusat yang tak ada kena mengena pun dengan perairan laut Terengganu.

Lihat negara-negara pengeluar minyak boleh kaya meliana tanpa perlu bersusah payah cari duit dalam sektor lain – kerana hasil minyak dapat semua kepada negara.

Tapi Terengganu kena lepaskan kepada pusat, lepas tu pentaksub suruh MB Terengganu cari duit sendiri tanpa perlu duit hasil minyak.

Ia sama seperti menyuruh nelayan cari duit tanpa menangkap ikan dan hasil laut.

Negeri-negeri terhad sumber ekonominya jika dibandingkan dengan federal.

Sumber negeri-negeri hanyalah cukai tanah dan cukai pintu.

Lain-lain cukai, semua pusat sapu habis.

Suruh Terengganu tarik pelabur banyak-banyak pun, hasil cukai pelabur bilion-bilion, dapat ke Pusat juga.

Sebab perjanjiannya, negeri tak boleh kutip cukai tersebut, melainkan pusat akan salurkan duit kepada negeri sebagai ganti ketidakbolehan mengutip cukai.

Tolak pi tolak mai, yang untungnya pusat juga.

Negeri tetap kena tunggu dana yang disalur oleh pusat.

Selangor kaya kerana kedudukan geografi dan demografi juga.

Kedudukannya mengelilingi ibukota, memiliki kawasan pelabuhan besar, dapat cukai daripada puluhan ribu premis perniagaan, cukai-cukai tanah komersial yang tinggi, cukai-cukai pintu yang besar dan sebagainya.

Namun pusat tetap kena salurkan juga duit kepada Selangor – disebabkan perjanjian.

Lebih-lebih lagi Selangor dapat pasif income yang sangat besar daripada Kuala Lumpur dan Putrajaya setiap tahun.

Sebab MB Selangor terer cari duit?

Sembang macam Selangor baru mula wujud pada 2018.

Kesimpulannya, negeri punyai kekangan yang besar, pada masa yang sama pentadbiran pusat mempunyai kuasa dan kewangan yang jauh lebih besar.

Membandingkan jatawan PM dengan MB dari sudut kebolehtadbiran, adalah perbandingan yang senget.

Secara umumnya, MB Terengganu mempunyai visi yang besar tetapi kuasanya terhad.

Manakala PMX mempunyai kuasa yang besar, tetapi visinya terhad.

Jika nak banding juga, boleh bayangkan – jika Dr SAM menjadi PM, DS Anwar menjadi MB Terengganu.

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

Kolumnis