Kedah Aerotropolis Selari Titah YDPA

Kedah Aerotropolis Selari Titah YDPA

Titah YDPA ini wajar dilaksanakan oleh kerajaan.

Henti tumpu kemajuan hanya pada wilayah tengah.

Wilayah pantai timur perlu dimajukan agar Selangor tidak perlu lagi risau Shah Alam menjadi Shah Ale.

Di wilayah Utara, Pulau Pinang mendominasi kemajuan.

Sepatutnya kemajuan itu dikembangkan lagi ke negeri sekitar seperti Kedah dan utara Perak membentuk a greater Northern economic region – menyaingi kepesatan KL-Putrajaya-Shah Alam-Seremban.

Ketamakan Pulau Pinang untuk memusatkan kemajuan hanya di negeri itu sahaja dengan perancangan The Greater Penang (yang mencakupi sebahagian utara Perak sehingga Daerah Yan, Kedah) telah mendapat respon panas daripada Kedah dengan pengumuman rancangan The Greater Kedah.

Sebagaimana kajian pakar-pakar ekonomi, pakar pelabuhan, pakar pembangunan – pembinaan Lapangan Terbang Kargo Kulim adalah satu bentuk game changer kepada kemajuan wilayah Utara, bukan sahaja atas nama The Greater Kedah, bahkan keseluruhan Pulau Pinang dan utara Perak juga mendapat limpahan besar ekonomi kelak, berbanding memfokus kepada kemajuan Pulau Pinang yang hanya kelak menambah kesesakan negeri pajakan tersebut sahaja.

The Greater Kedah dengan projek game changer Kedah Aerotropolis adalah selari dengan titah YDPA.

Bahkan ia diserikan lagi dengan pengumuman PMX untuk membuka taman industri di utara Perak, sudah tentu Kedah Aerotropolis bukan projek gajah putih semata. Industri utara Perak, Selatan Kedah dan Seberang Perai Pulau Pinang boleh menjadi Greater Northen Malaya.

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

“YANG DI-PERTUAN AGONG MAHU KERAJAAN MERANCANG PEMBANGUNAN SAKSAMA DI SEMUA NEGERI, KAWAL PENGHIJRAHAN KE IBU KOTA

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, bertitah menzahirkan harapan agar perhatian dan peruntukan yang saksama diberikan kepada semua bandar di 13 negeri seluruh Malaysia.

Seri Paduka Baginda bertitah sekiranya semua negeri dibangunkan bersama, penghijrahan penduduk ke pusat bandaraya akan dapat dikurangkan dan kesesakan akan lebih terkawal.

“Pembangunan ekonomi di Kuala Lumpur dan Putrajaya telah membuka banyak peluang pekerjaan dan menyebabkan penghijrahan penduduk dari negeri-negeri ke Wilayah Persekutuan.

“Kerajaan terpaksa membangunkan infrastruktur awam yang lebih cekap untuk mengatasi kesesakan jalan raya dan memenuhi keperluan penduduk bandaraya yang semakin padat.

“Persoalannya, adakah kerana wilayah ini ditadbir secara terus oleh Kerajaan Persekutuan, banyak peruntukan pembangunan ditumpukan kepada tiga wilayah ini sahaja?,” titah Seri Paduka Baginda.

Seri Paduka Baginda bertitah demikian pada Titah Diraja sempena Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan Bagi Tahun 2024 di Istana Negara, hari ini (19 Mac).

Berangkat sama, KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.

“Semua orang tahu saya suka memandu sendiri, jadi saya dapat melihat dengan jelas keadaan jalan raya dan persekitaraannya. Apa yang saya nampak, masih ada beberapa tempat di Kuala Lumpur yang kebersihannya tidak memuaskan,” titah Seri Paduka Baginda.

Seri Paduka Baginda, bertitah masyarakat kota juga perlu bersama-sama dalam menjaga kebersihan dan alam sekitar.

“Kerajaan saya bukan kerajaan pungut sampah. Kepada penguatkuasa, jalankanlah tanggungjawab dengan jujur, ikhlas dan amanah,” titah Seri Paduka Baginda.”

Kolumnis