Kerajaan Nak Bantu Guru PASTI? Are You Sure?

Kerajaan Nak Bantu Guru PASTI? Are You Sure?

Seperti dinyatakan Ketua Pemuda PAS, PASTI adalah program dalaman PAS untuk anak-anak ahli dan penyokong PAS.

Guru-guru PASTI adalah sukarelawan PAS yang diberi elaun oleh parti.

Ketika PAS ada dalam kerajaan pun, PASTI tidak pernah terima dana daripada kerajaan dan PAS tidak pernah cuba guna dana kerajaan untuk PASTI, kerana PASTI adalah program parti.

Jika kerajaan hari ini bermurah hati untuk membantu guru-guru PASTI, pihak kerajaan harus bertemu dengan pihak parti PAS, iaitu Dewan Pemuda PAS dan ketua pemudanya – berbincang keperluan dan bagaimana cara untuk bantu guru-guru PASTI dalam bentuk gaji minimum, caruman KWSP dan Socso.

Bukannya ‘merempuh’ premis-premis PASTI untuk menyiasat bagai.

Rata-rata premis PASTI adalah dalam bangunan markaz PAS secara umumnya.

Silibus PASTI bersifat nasional, tetapi pengurusan dana PASTI adalah bersifat setempat.

Bagi PASTI kawasan luar bandar, sudah tentu elaun guru PASTI tidaklah besar dan bergantung kepada sumbangan orang ramai.

Ia bergantung kepada kecekapan pengurusan.

Jika pihak pengurusan menjana pendapatan melalui perniagaan besar, maka adalah elaun besar sikit kepada PASTI.

Jadi, kekangan untuk memberi elaun yang lebih besar kepada guru PASTI adalah tidak seragam antara semua PASTI yang ada.

Guru-guru PASTI juga sedia maklum perkara ini, dan mereka tidak dipaksa pun untuk terus menjadi guru PASTI jika mereka tidak mampu dari segi kewangan andai terus menjadi guru PASTI.

Mereka yang menjadi guru PASTI rata-ratanya ikhlas mahu mendidik anak-anak kecil, kerana mereka yakin ilmu asas yang diajar kepada anak-anak kecil adalah pelaburan pahala jariah yang sangat menguntungkan.

Bayangkan anak kecil menjadi pandai membaca al-Quran disebabkan guru PASTI mengajarnya – kemudian anak kecil itu membesar setiap hari membaca al-Quran di dalam solat, di luar solat, mendewasa sebagai orang yang mengajar orang lain pula akan ilmu al-Quran…

Bayangkan betapa bergandanya pahala guru PASTI yang mengajar asasnya – ibarat membeli $10 dolar Bitcoin pada 2009!

Itulah antara asas keikhlasan dan keyakinan guru-guru PASTI yang tidak akan tercapai dek akal pencinta dunia yang mengikut logik kehidupan dunia semata.

Anda boleh terus menghasut guru-guru PASTI untuk bangkit ‘memberontak’ pasal gaji – atas nama “kami nak tolong guru PASTI”.

Ya, sebahagian guru-guru PASTI akan termakan dengan hasutan itu, manakala guru-guru PASTI yang ikhlas tidak akan mudah dipengaruhi.

Bahkan mereka yakin bayaran di akhirat jauh lebih besar dan berganda pulangannya.

Namun begitu, keikhlasan guru-guru PASTI adalah antara guru-guru PASTI dengan ALLAH.

Manakala pihak PAS, terutama Dewan Pemuda PAS dan Lembaga PASTI semestinya perlu ada perancangan yang besar untuk membangunkan dana khas untuk elaun guru-guru PASTI.

Pembangunan dana ini mesti centralize untuk semua PASTI agar guru-guru PASTI dapat elaun minimum setara dengan guru-guru pra-sekolah yang lain.

Ia adalah tugas PAS, bukan tugas kerajaan sebenarnya.

Pihak pengurusan tak boleh lepas tangan dengan “alasan guru PASTI ikhlas”.

Jika kerajaan nak bantu pun, mesti kena deal dengan PAS, kerana PASTI adalah program PAS.

Orang PAS marah kerajaan ‘rempuh’ masuk premis PASTI, bukan nak kata lawan Islam.

Nak bantu guru-guru PASTI, kena ikut saluran yang betul, bukan main ‘rempuh’ begitu sahaja.

Tak pelik apa pun orang nak marah.

Bahkan tindak-tanduk kerajaan Madani pula selari dengan sangkaan-sangkaan buruk orang ramai terhadap kerajaan Madani.

Bertambah buruklah sangkaan itu.

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

Pendidikan