Antara mualaf, mak’alap, matloh, mana lebih sensitif
Tiba-tiba semua jadi sensitif….sensitif…..emmhhh pasai apa?
Jadi pemimpin, jangan cepat koyak…nanti orang kata kita menteri cap ayam.
Sudah lumrah pemimpin perlu bersedia untuk dikata dan dikritik, jika tidak, jangan cuba jadi pemimpin, buat malu saja…
Teringat masa kecik-kecik dahulu, tinggal di kampung Melayu di salah sebuah daerah di negeri Perak.
Orang Melayu selalu merujuk keluarga kami sebagai kafir, loghat Perak disebut kapior, kedah kata kapiaq, kami biasa jer.
Tak marah pun, tidak ada yang menjadi sensitif.
Selepas memeluk Islam, kami pula disebut mualaf, orang perak kata mak’alap, orang kedah kata, mat loh.
Pada saya, tidak ada sensitif apa pun, sebab saya faham sangat akan perangai Melayu dan budayanya.
Jika niat melayu mahu menghina, seperti ada satu bangsa itu, mana mungkin Cina boleh menjadi kaya raya berniaga di kawasan hampir 100 peratus Melayu.
Hakikatnya begitulah. Cina boleh hidup aman damai dalam sebuah negara (kawasan) Melayu.
Tetapi belum tentu, orang Islam, boleh hidup senang lenang dalam negara (kawasan) bukan Islam.
Contoh, betapa deritanya umat Islam di negara China dan India sendiri.
Sebab itu, saya selalu pesan kepada ultra kiasu, pentingnya minoriti memahami budaya majoriti, atau pentingnya orang Cina (India) sedikit sebanyak memahami budaya Melayu.
Perkara ini perkara asas, kerana kita perlu sedar asal-usul kita.
Asal-usul kita mendatang (pendatang), perlu memahami budaya dan tempat yang didatangi.
Jangan jadi sombong dan bongkak meskipun telah menjadi orang berjaya di bumi orang.
Tetapi nampaknya, semakin banyak kita pesan, semakin dia buat-buat tak perasan.
Peliknya, tiba-tiba hari ini, ada pemimpin Melayu berkelakuan seperti pandir, nak jaga sangat hati orang lain, merasakan semua itu sensitif. Terfikir juga, pasai apa ye.
Ada yang berkata diharamkan perkataan kafir digunakan dalam rumah dia sendiri. Pasal apa? Kenapa?
Sejak bila istilah kafir menjadi sensitif.
Sampai begitu sekali kita nak menjaga hati orang kafir.
Hati sesama Islam tidak pula mahu dijaga, dikata macam-macam dengan istilah kasar seperti barua, bangang, bangsat dll.
Saya fikir perkataan bangsat itu jauh lebih sensitif dan tidak sepatutnya keluar daripada mulut orang yang mengaku dia beriman.
Kita tidak sepatutnya mengeluarkan perkataan bangsat sesama saudara sendiri, juga kepada orang lain.
Pada saya perkataan bangsat, jauh lebih sensitif dan lebih kasar daripada kita menggunakan perkataan kafir merujuk kepada bukan Islam.
Saya sudah biasa perkataan tersebut sebelum Islam lagi, kapior, kapiaq atau kafir.
Satu saja peringatan saya kepada mereka yang bergelar pemimpin (negara) kononnya, apa kamu ingat bila jadi wakil rakyat, jadi Menteri itu besar sangat?
Kamu siapa? Siapa kamu di sisi Allah, tu belum tahu lagi.
Kamu tidak ada hak untuk memaksa rakyat menyukai kamu atau memuji kamu.
Kami berhak, untuk menerima dan menolak kamu?
Begitu juga menerima atau menolak nasihat kamu.
Justeru, bila jadi pemimpin, jangan cepat koyak.
Kalau nak kirakan cepat koyak, saya dah koyak lama dah.
Tak tunggu jadi Menteri.
Apa yang khalayak tidak kata pasal saya, terutama ultra kiasu.
Dari dulu hingga kini, macam-macam istilah yang digunakan, yang sangat menyakitkan hati, sampai kepada ugutan demi ugutan yang merbahaya, saya biarkan saja kerana inilah ada ujian, ujian berkata benar.
Biasalah tu. Ada aku kisah. Janji aku tak cepat koyak, walaupun tidak bergelar wakil rakyat atau Menteri.
Ini tidak, dia cakap lepas boleh, orang cakap lepas kat dia tak boleh.
Mana ada sistem macam itu.
Sudah-sudahlah Menteri, buatlah kerja masing-masing.
Rakyat sedang memandang kamu.
Silap-silap PRU akan datang, walaupun dapat majoriti besar, tidak mustahil akan kecundang.
Kita tengok dalam PRK DUN Kuala Kubu Baru nanti.
Itulah gelanggangnya, sama ada istilah kafir, kapior @ kapiaq, sensitif atau tidak?
Mohd Ridhuan Tee Abdullah