Menteri YB Bangmat kata, “ini bukan soal perkauman, tapi kena bercakap. Orang Tionghwa DATANG KE MALAYA dulu sebelum merdeka depa bawak apa? MAI DENGAN TONGKANG. Bukan bawak apa. La pakat jadi jutawan belaka. Ternak ayam jadi jutawan, buat durian jadi jutawan…”
Benar Bangmat. Mereka datang tanpa bawa apa-apa.
Tetapi sejarah telah buktikan, mereka dibelai, ditatang, dibiayai dan diperkaya oleh penjajah British dalam pelbagai sektor komersil, perladangan, perlombongan dan perniagaan.
Segala infrastruktur moden dan maju dibina dengan baik untuk penempatan orang-orang yang datang dengan tongkang tersebut.
Kawasan-kawasan penempatan mereka yang dibangunkan infrastruktur seperti sekolah, hospital, pusat-pusat perniagaan – membentuk bandar-banda yang maju.
Pada masa yang sama, orang-orang Melayu yang merupakan tuan tanah ini dibiar papa kedana di kampung-kampung, diberi tanah-tanah sawah yang mempunyai nilai komersil yang rendah.
Ketika British ‘terpaksa’ keluar dari Malaya dek tuntutan kemerdekaan oleh orang Melayu tuan tanah ini, British keluar dengan perjanjian supaya orang Melayu tuan tanah ini menerima orang-orang yang datang dengan tongkang itu turut diberi kerakyatan.
Atas tolak ansur orang-orang Melayu tuan tanah ini, orang-orang Tongkang yang Bangmat maksudkan itu diterima untuk sama-sama duduk dalam Malaya dengan persetujuan tertentu.
Namun benda yang tidak dibentang kepada umum adalah British meninggalkan 1 bilion paun sterling kepada orang-orang tongkang ini sebagai modal untuk mereka survive dalam Malaya.
1 bilion paun sterling waktu itu seumpama 1trilion USD hari ini.
Kekayaan durian runtuh itu dinikmati oleh sebilangan tauke-tauke yang membolehkan mereka menguasai pelbagai sektor ekonomi dalam negara.
Ada yang menggunakan kekayaan itu untuk menguasai sektor perkapalan, sektor perlombongan, sektor perniagaan besar, sektor hartanah, sektor pengangkutan, dan termasuklah sektor perladangan.
Bayangkan bagaimana orang-orang yang datang dengan tongkang tanpa bawa apa-apa mampu menjadi tauke-tauke gergasi 7 keturunan – apakah hanya beralaskan kerajinan semata?
Benarkah mereka rajin sebenarnya? Tidak! Mustahil.
Bukan kerajinan menjadi faktornya, kerana orang-orang Melayu tuan tanah jauh lebih rajin.
Namun kerajinan orang-orang Melayu tidak mendapat hasil yang setimpal dek pelbagai manipulasi yang berlaku.
Mustahil orang-orang tongkang menjadi billionair sekelip mata menguasai ekonomi negara hanya atas faktor rajin walhal mereka datang hanya sebagai pekerja lombong dan buruh kasar sahaja.
Tetapi sebenarnya mereka diberi modal yang sangat besar untuk mengawal sektor-sektor ekonomi.
Mereka mampu menjadikan perniagaan mereka sebagai empayar perniagaan untuk keluarga dan anak cucu mereka tiga empat generasi.
Mereka gunakan kekayaan mereka untuk menjana lebih banyak kekayaan.
Mereka guna kekayaan mereka untuk ‘membeli’ kuasa dan sokongan politik.
Pun begitu ada juga dalam kalangan mereka yang tercicir daripada menikmati modal besar, maka mereka ini sama miskin seperti orang Melayu tuan tanah.
Yang nampak rajin pun, hanya mereka yang tercicir ini lah.
Kesimpulan cerita panjang ini adalah, punca utama orang Melayu susah nak bangkit kerana kekurangan modal.
Jika dinisbahkan kepada 1 bilion paun sterling yang British beri kepada segelintir orang yang datang dengan tongkang bersamaan 1 trilion USD hari ini, maka untuk orang Melayu tuan tanah yang majoriti – mungkin memerlukan sekurang-kurangnya 2 trilion USD untuk menjadikan setiap orang Melayu tuan tanah bangkit menguasai ekonomi negara sendiri.
Ketika itu baru boleh bandingkan siapa rajin siapa malas.
Sudah tentu mustahil dengan keadaan ekonomi dan kewangan negara hari ini.
Sehingga hari ini, belum ada satu syarikat atau individu Melayu tuan tanah diberi bantuan bilion-bilion secara lump-sum, bukan pinjaman, bukan hutang.
Pemberian secara terus atau geran.
Setakat bantuan juta-juta pun jarang dengar, itupun ada pusing-pusing.
Ayam Bismi pun bangkit kerana ada modal besar walaupun tidak besar mana.
Bayangkan jika tauke Ayam Bismi ada modal 1 bilion USD, pasti Ayam Bismi akan menjadi top player dalam industri penternakan ayam.
Jika anda pernah baca keluhan tauke Ayam Bismi mengenai onak dan duri ketika sedang bangkit dalam dunia penternakan ayam – betapa kerja-kerja mereka ditekan oleh tauke-tauke besar dalam industri tersebut – daripada anak ayam sehingga dedak ayam mereka dimanipulasi dek kerana mereka hanya pemain kecil dalam industri.
Kecil kerana mereka bermodal kechil.
Sekarang modal mereka membesar sedikit hasil sokongan orang-orang Melayu tuan tanah – maka mereka dapat menghasilkan dedak ayam sendiri, anak-anak ayam sendiri – mewujudkan ekosistem penternakan sendiri serta dikongsi oleh rakan-rakan Melayu tuan tanah dalam industri tersebut.
Mereka boleh bernafas lega sedikit.
Pun begitu, ekosistem mereka masih kecil berbanding ekosistem penternakan ayam pihak lain yang telah zaman-berzaman rolling modal bilion-bilion.
Bangmat faham ke tidak pasal benda ni?
Depa ada modal bilion-bilion, setakat nak cipta 40 jutawan baharu anak bangsa depa, tak ada masalah langsung.
Orang Melayu tuan tanah pun rajin dan reti aihhh nak tanam durian untuk eksport dan nak jadi jutawan. Tapi modal tak ada.
Modal seratus ribu, dua ratus ribu yang kementerian boleh bagi pun, tidak akan dapat generate jutawan baharu.
Kos nak tanam durian atas tanah 2-3 hektar sahaja pun sudah makan modal ratus-ratus ribu.
Orang kampung mana nak sanggup.
Dalam kalangan bumiputera kita yang berjaya pun ada, ramai.
Tapi dengan effort yang bumiputera tuan tanah usahakan tu – jika bermodal sama dengan orang-orang yang datang dengan tongkang zaman dulu, sudah tentu kejayaan bumiputera tuan tanah jauh lebih besar, bahkan mungkin mampu menguasai Asia Tenggara dan Dunia pun dengan source yang kita ada.
Orang ada modal RM10,000 tapi kurang rajin, dengan orang yang ada modal RM100 tapi sangat rajin – tetaplah yang modal besar itu boleh tambah kekayaan dan kejayaan berlipat ganda berbanding orang modal kecil membanting tulang pagi petang siang malam.
Maka, jika kerajaan serius dalam hal ini – apa yang orang Melayu tuan tanah perlukan adalah modal yang besar, bukan skim acah-acah bagus hanya melepas batuk ditangga, salur 100-200 ribu dalam bentuk geran sahaja… itu hanya acah-acah nak tunjuk terpaling nak bantu.
Kementerian perlu beri geran untuk satu-satu permohonan bernilai lebih RM1 juta untuk satu permohonan individu, atau RM10 juta untuk syarikat, kemudian ada team kerja yang kuat untuk assist pemohon buat kerja sampai boleh berdikari dan melahirkan jutawan-jutawan baharu dalam bidang tersebut.
Ini bukan soal kerajaan PN ka kerajaan Madani ka.
Ini soal bagaimana nak bagi orang Melayu tuan tanah bangkit berdiri sama tinggi dengan pihak yang Bangmat kata depa mai dengan tongkang tuuu.
Oleh: Dr Tanaka Mustafa