Pengundi Akan Hukum UMNO Pada PRU16 Jika Masih Tak Berubah

Pengundi Akan Hukum UMNO Pada PRU16 Jika Masih Tak Berubah

Penerimaan rakyat terutama ahli UMNO akar umbi terhadap kerjasama politik UMNO-Pakatan Harapan (PH) masih menjadi persoalan sehingga ada yang diterjemahkan dalam bentuk pengundian.

Terdapat ahli dan penyokong tegar UMNO tidak mahu mengundi calon mereka sebagai protes kerana yakin parti telah berubah daripada perjuangan sebenar.

Justeru, jika masih mahu kekal relevan, UMNO perlu memperbaiki keadaan ini supaya protes tidak berlanjutan pada pilihan raya akan datang, terutama PRU16.

Jika UMNO tidak melakukan apa-apa perubahan dan penambahbaikan mulai sekarang, mungkin tiada lagi peluang UMNO untuk kembali dominan, demikian kata Pensyarah Kanan Sains Politik, Fakulti Ekologi Manusia UPM, Dr Nur Ayuni Mohd Isa.

Menulis di Berita Harian, katanya, jika keadaan masih sama, pengundi akan kekal menghukum UMNO dan tidak mustahil UMNO akan terus lemah dalam arena politik Malaysia.

“Maka ketika itu, sudah tiada gunanya untuk UMNO menyalahkan mana-mana pihak.

“Ini kerana bukan pihak lain menjatuhkan mereka, tetapi ‘tangan-tangan’ pemimpin serta ahli akar umbi UMNO sendiri melakukannya.

“Namun, jika UMNO berjaya melakukan perubahan dan kembali kepada perjuangan asal parti, terutama membela Islam dan orang Melayu serta kedaulatan tanah air, pasti sokongan Melayu akan kembali kepada UMNO,” katanya.

UMNO