Politik Kebencian: Antara Kebencian Sejati Dan Kebencian Refleksi

Politik Kebencian: Antara Kebencian Sejati Dan Kebencian Refleksi

Puluhan tahun menyemai kebencian, sekarang anda sedang menuainya.

Kalau anda reti muhasabah, anda akan insaf bahawa andalah sebahagian daripada punca politik kebencian tersebut, bahkan sehingga hari ini, kuncu-kuncu serta para pentaksub anda masih meneruskan agenda politik kebencian terhadap lawan politik anda.

Politik kebencian musuh anda hanyalah reflek kepada politik kebencian yang anda tanam, tetapi politik kebencian para pentaksub anda adalah politik kebencian yang sejati, lahir dari hati yang penuh dendam.

Cubalah pandang dan muhasabah style politik para pentaksub anda.

Politik kebencian ini hanya boleh stop jika pihak anda dan pentaksub anda yang berhenti melakukannya secara total.

Refleksi kepada politik kebencian akan terhenti dengan sendiri apabila pihak anda yang pure kebencian itu berhenti.

Ketika anda cuba berhenti melakukan politik kebencian, refleksi akan masih ada dan menyakiti anda – namun lama-kelamaan refleksi akan pudar dan menghilang jika anda terus berhenti dan menukar kepada politik kasih sayang.

Sementara menanti refleksi menjadi pudar dan hilang, anda kena bersabar dan teruskan istiqamah dengan politik damai.

Jika anda tidak tahan dan tidak sabar, anda menyalakan kebencian baharu, refleksi politik kebencian akan terus menyala.

Apabila sumber untuk refleksi sudah tiada, maka politik kebencian daripada refleksi juga akan hilang.

Bahkan refleksi akan bertukar menjadi politik kasih sayang juga.

Apabila anda, pentaksub anda, cybertrupers anda – bertukar nada menyerang dan membongkak – kepada nada berlembut, memohon maaf, mejawab dengan tenang dan senyuman, menukar nada provokasi kepada nada solusi – maka politik kebencian daripada refleksi akan hilang auranya kerana anda sebagai sumber sejati politik kebencian sudah insaf dan mahu bertaubat.

Namun untuk anda dan pentaksub anda melakukan politik islah, politik rahmah, politik sabar – semua ini tidak akan mampu dilakukan kerana sikap-sikap toksik yang sukar pihak anda buang.

Kebencian akan mencetus rantai kebencian yang baharu, dan kitaran kebencian akan berterusan.

Bak kata Nagato: “We are both ordinary men, driven to seek vengeance under the banner of justice. However, if there is justice in vengeance, then justice will only breed more vengeance. And trigger a cycle of hatred.”

Maksudnya, “Kita berdua manusia biasa, terdorong untuk membalas dendam di bawah panji-panji keadilan. Namun, jika ada keadilan dalam pembalasan, maka keadilan hanya akan melahirkan lebih banyak dendam. Dan mencetuskan kitaran kebencian.”

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

Kolumnis