Sokong Palestin?

Sokong Palestin?

Tiap negara mempunyai kawasan yang sensitif iaitu tidak terbuka kepada lawatan kerana kegunaan pasukan keselamatan negara.

Sudah tentu kawasan-kawasan ini tidak terbuka kepada orang asing atau syarikat negara lain.

Lapangan terbang di Malaysia diguna bukan sahaja oleh penerbangan sivil tetapi juga oleh tentera.

Ada yang khusus untuk tentera.

Demi pertahanan negara pengurusan lapangan terbang tidak boleh diserah kepada warga negara asing.

Jauh sekali oleh syarikat asing yang membantu tentera Israel yang melakukan genocide terhadap orang Palestin di Gaza.

Tetapi Kerajaan kita sanggup menjual pengurusan lapangan terbang di Malaysia kepada syarikat yang menyokong Israel bahkan membekal alatan untuk genocide oleh Israel.

Syarikat Blackrock adalah syarikat yang kuat membantu tentera Israel dalam kegiatan genocide terhadap orang Palestin di Gaza.

Sokongan kepada Blackrock sama dengan sokongan kepada Israel dan jenayah yang dilakukan olehnya.

Sokongan ini bermakna sanggup mendedah rahsia pertahanan Malaysia kepada bukan sahaja syarikat tetapi juga Israel.

Kita sudah kesan aktiviti warga Israel di Malaysia membunuh orang Palestin.

Dengan rahsia negara terdedah kepada Israel, orang Palestin di Malaysia sudah tidak selamat lagi.

Apakah benar Malaysia memihak kepada Palestin atau cuma setakat suara sahaja?

DR MAHATHIR BIN MOHAMAD

Kolumnis