Apabila negara ultra kiasu berpisah dengan Malaysia, perkara pertama yang dilakukan olen pemimpin mereka adalah memperlengkapkan Singapura dengan segala kelengkapan keselamatan dan pertahanan supaya tidak mudah dibuli oleh negara jirannya, terutama Malaysia.
Singapura mengambil Yahudi sebagai penasihat, mengambil kira, kejayaan Yahudi menduduki dan menguasai bumi Palestin hingga ke hari ini.
Tidak mustahil apa yang berlaku di Palestin akan berulang di negara kita, mengambil kira berapa banyak aset strategik yang telah tergadai dan jatuh ke tangan Singapura.
Contoh, mana ada dalam sejarah dunia, negara yang telah terpisah, aset strategik negara seperti air dan kolam tadahan air dijaga sepenuhnya oleh tentera Singapura sehingga tentera kita sendiri pun tidak dibenarkan masuk meskipun berada di kawasan berdaulat kita sendiri?
Bayangkan, air yang menjadi sumber utama strategik dunia dikuasai oleh ‘musuh’.
Ketika saya menyambung pelajar dalam bidang sarjana pengajian pertahanan dan keselamatan, pensyarah saya, mendiang Profesor Chandran Jushurun, rakyat Malaysia, pernah mengajar lama disalah sebuah universiti ternama di Singapura, pernah berpesan dan menasihati saya, jangan sama sekali pernah percaya kepada Singapura.
Singapura ibarat mendapat sebiji kek apabila berpisah dengan Malaysia.
Singapura tidak akan Kongsi kek tersebut, meskipun amat terhutang budi dengan Malaysia, Singapura akan makan kek tersebut sepenuhnya seorang diri sampai habis.
Inilah bahayanya sifat ultra kiasu yang selalu saya perkatakan dari dahulu hingga sekarang, tetapi tidak dihiraukan.
Kita terus bersangka baik. Logiknya dalam keselamatan dan pertahanan, mana boleh bersangka baik dengan ‘musuh’.
Berlainan dengan pemimpin kita, terlalu dan terus bersangka baik.
Hari ini lihat kekuatan pertahanan dan keselamatan Singapura, pernah satu ketika peruntukan mereka untuk pertahanan setahun hampir pernah mencecah RM100 bilion (kini lebih kurang RM50 bilion), berbanding dengan kita RM20 bilion sahaja dari dahulu sampai sekarang.
Bayangkan sebuah negara sekangkang kera membelanjakan peruntukan yang begitu besar untuk pertahanan dan keselamatan.
Apa dilakukan oleh Singapura, sebiji sama dengan apa yang dilakukan oleh Israel di bumi Palestin.
Klik dan tonton video ini, betapa hebatnya pertahanan dan keselamatan Singapura, berbanding negara jiran termasuk negara dunia yang lain.
Sebiji macam pertahanan Israel.
Tidak perlu saya bandingkan kekuatan persenjataan satu persatu, cukuplah dengan melihat you tube ini.
This Tiny Island Is the Most Densely Defended Country in the World | WSJ (youtube.com).
Kenapa Singapura membuat persediaan untuk berperang sedemikian rupa?
Untuk siapa dan sasarannya siapa?
Pernah kita fikirkan?
Ini yang disiarkan dalam media sosial.
Yang menjadi kerahsiaan kita tidak tahu lagi.
Benar sekali apa yang Al-Quran pesan kepada kita dalam surah al Anfal ayat 60, Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kalian sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kalian menggentarkan musuh Allah, musuh kalian, dan orang-orang selain mereka yang kalian tidak mengetahuinya; sedangkan Allah mengetahuinya.
Ini juga strategi yang digunakan oleh Baginda Rasulullah saw, apabila berjaya membina negara Madinah, antara perkara pertama dilakukan dengan memperkuatkan pertahanan dan keselamatan.
Jika tidak, negara baru akan dimakan oleh negara yang kuat.
Sebab itulah apabila tertegaknya sebuah negara kuat di Madinah, Islam terus berkembang seantero dunia.
Apakah kita berfikir Islam hanya berkembang dengan dakwah tanpa pertahanan dan keselamatan? Fikir-fikirkan…
Pepatah latin ada berpesan “si vis pacem para bellum”. If you need peace, prepare for war.
Jika mahu keamanan bersedia untuk berperang.
Ternyata Singapura sudah bersedia, kita belum
Jangan pernah jauh, lihat kekuatan strategik air, kapal selam (submarine) Singapura sudah cukup.
Paling kurang ada lima (5).
Nak menyelam ke mana ni begitu banyak kapal selam ni?
Kita ada berapa, ada dua sahaja, itupun sekejap timbul sekejap tak boleh menyelam dah?
Tahu apa maksud saya?
Ini belum termasuk skandal LCS.
Mampus kita, semuanya rasuah.
Rasuah inilah yang telah menjahanamkan kita dari dahulu sampai sekarang?
Pertahanan dan keselamatan semakin lemah. Negara jiran semakin kuat.
Lebih malang hari ini banyak aset strategik kita tergadai kepada Singapura dan sekutunya.
Apa yang Singapura tidak tahu tentang kekuatan pertahanan dan keselamatan negara kita, yang sepatutnya menjadi kerahsiaan besar sesebuah negara.
Syarikat Israel telah melabur dalam syarikat penerbangan kita.
Terbaharu, ‘anak syarikat Israel’ ini, membuka syarikat udara di Subang, satu lagi aset strategik negara.
Seperti mana yang dikatakan oleh bekas Menteri Pengangkutan, kita memberi tempat kepada syarikat MRO Singapore Airlines (SIAEC) bertapak di Subang, Selangor dan — bersaing pula dengan MAB Engineering?
Bekas Menteri itu berkata, ke mana perginya 63 jurutera penerbangan yang mahir itu.
Adakah mereka lari ke SIAEC, yang menawarkan gaji yang lebih lumayan?
Ini tidak termasuk lagi berita dalam media sosial berbunyi (jika benar): “Khazanah jual hanger itu pada Singapore (SIAEC) instead of MARA (syarikat MRO milik MARA) even MARA offer just slightly cheaper than Singapore.
Yang jaga bahagian aset tu dalam Khazanah adalahxxx. Ada agenda ni…”
Apa sudah jadi negara yang sedang menuju ke arah madani ini?
Madanikah kita sert strategik semakin tergadai dari dahulu sebelum madani sampai sekarang menjadi madani?
Apa yang menjadi kerahsiaan besar sesebuah kalau bukan aset strategik negara, terutama udara, air dan darat.
Habis semua telah diterokai Singapura, darat telah dikuasai, air telah dikuasai, terlepas Batu Putih (tidak lama lagi Pulau Pisang dll), melebarkan lagi kawasan perairannya.
Ruang udara dicerobohi. Aset darat banyak telah dibeli.
Apa erti semua kedaulatan sesebuah negara apabila ianya banyak sudah tergadai?
Di manakah kerahsiaan lagi? Boleh dikatakan banyak rahsia pertahanan dan keselamatan telah diketahui.
Persoalannya, kita tahu apa tentang kerahsiaan pertahanan dan keselamatan mengenai Singapura.
Sedikit sahaja yang kita tahu berbanding banyaknya Singapura tahu tentang kita.
Sehingga sampai ke peringkat, Singapura, tidak pernah percaya kepada orang Melayu Singapura sendiri, meskipun rakyat mereka sendiri.
Sebab itulah Singapura, tidak pernah melantik orang Melayu Singapura ke jawatan tinggi strategik melibatkan kerahsiaan pertahanan dan keselamatan negara mereka.
Orang Melayu Singapura tidak diberikan kepercayaan atau dibenarkan menjawat jawatan tinggi dalam polis, tentera, imigresen dan sebagainya, kerana ini aset strategik dan memerlukan kerahsiaan.
Dalam kata lain, Singapura tidak pernah percaya kepada Melayu, kerana takut Melayu itu nanti membocorkan rahsia Singapura kepada pemimpin Melayu di Tanah Melayu.
Berbanding dengan pemimpin Malaysia percaya kepada orang Cina Malaysia, berapa banyak jawatan strategik berkaitan pertahanan dan keselamatan turut dikongsikan kepada bukan Melayu meskipun ia adalah rahsia negara.
Begitulah sifat Melayu yang saya puji atas sangka baik dan percaya.
Ini tidak termasuk pemilikan dan pembelian tanah strategik di negara kita.
Tanah kita di Singapura habis semua telah dijual, hanya kerana kelabu mata dengan duit.
Kita mahu menjadi kaya dengan segera.
Tidak fikir lagi soal pertahanan dan keselamatan negara.
Sebagai pelajar yang pernah belajar pengajian strategik berkaitan pertahanan dan keselamatan, saya tidak tahu mau bercakap apa lagi bercakap lebih banyak kerana semuanya sudah tergadai.
Cukup sekadar mengingatkan.
Kita tidak pernah belajar daripada sejarah air yang dibekalkan ke Singapura hingga tahun 2061, apabila pemimpin kita mahu naikkan harga air mentah daripada 0.03 sen per meter padu (1000 gelen) kepada harga yang lebih munasabah, maka jawab pemimpin Singapura ketika itu, adalah, “PERANG”.
Sudah bersediakah kita untuk berperang dengan kekuatan senjata kita yang usang itu berbanding Singapura?
Singapura sudah bersedia sejak awal lagi dengan senjata canggih.
Sebahagian besar lebuh raya (highway) dan jalanraya mereka boleh dirapikan dalam masa 10 minit bagi memboleh pesawat senjata udara mendarat dengan dan beroperasi untuk berperang dengan negara jiran. Bersediakah kita?
Apakah kita bersedia dengan lebuh raya sedemikian rupa?
Aset strategik tentera di Sungei Besi pun sudah hancur, nak fikir apa lagi?
Kita perlu ingat, di negara kita masih ada sikitol dan mandaliar bersifat ultra kiasu, sanggup menjual rahsia atas dasar sifat ultra kiasu dan tamak haloba.
Akhirnya, mari kita lihat kekuatan persenjataan negara sekangkang kera Singapura berbanding kita Malaysia, yang begitu besar.
Sudah tentu dalam peta dunia, kita teramat kecil.
Janganlah kita terlalu terpesona dengan idea kerajaan Singapura untuk membuka Pusat Islam di negara mereka bagi mengkaji isu-isu berkaitan dengan Islam, baru-baru ini.
Semua itu ada udang di sebalik mee.
Benar, Singapura baru dapat pemimpin negara baharu, berasal dari Ipoh pula.
Saya terkejut, apabila cadangan membuka pusat Islam di Singapura, ada institusi dan pemimpin negara kita, belum apa-apa lagi mahu bekerja dengan mereka.
Jangan terburu-buru, fikir dulu, kaji dulu, sebab apa.
Lepas itu barulah fikirkan bagaimana?
Maklum sahaja, segelintir orang Melayu, mudah terkerisma, terpesona dan terpedaya dengan kata-kata manis dan wang ringgit tanpa menoleh kenapa?
Inilah perancangan musuh yang paling saya takuti selaku rakyat Malaysia yang pernah belajar pengajian pertahanan dan keselamatan atau pengajian strategi.
Akhirnya, fikirkan bersama, apa yang boleh diharapkan lagi, jika aset strategik negara udara terutamanya, udara air dan darat sudah dikuasai musuh?
Ini tidak termasuk lagi apabila sikitol dan mandaliar serta beberapa ultra kiasu yang memegang tampuk kuasa.
Tunggu masa dan lihat sahaja.