Alkisah Cara Robin Hood Merompak Dizaman Edan

Alkisah Cara Robin Hood Merompak Dizaman Edan

Robin Hood adalah satu nama yang sangat terkenal di serata dunia.

Kebanyakan kita mengenali beliau kerana cara unik beliau membantu rakyat pada zamannya.

Oleh kerana kekejaman penguasa ketika itu yang sering menindas rakyat bawahannya, maka rakyat menderita dan sering kecewa kerana hasil titik peluh mereka dirampas kerana ketamakan penguasa.

Termasuk juga cukai-cukai yang diperkenalkan, tidak sahaja membebankan, malahan siksaan pula akan diterima sekiranya gagal menjalankan tanggungjawab itu.

Robin Hood muncul ditengah-tengah kegawatan itu bagi menolong rakyat.

Beliau bersama beberapa teman, telah menggunakan cara yang tidak dijangka bagi melawan kerajaan tirani waktu itu.

Sesiapa yang Robin ketahui daripada kerajaan yang kaya, akan dirompak dan hasil rompakan itu kemudiannya akan diagihkan kepada rakyat.

Rakyat begitu gembira, bukan kerana mahu menjadi kaya, tetapi sekurang-kurangnya dendam mereka terhadap golongan atasan yang zalim itu, terbalas dan mendapat semula harta mereka yang dirampas pemerintah.

Sesiapa yang rasa diri mereka miskin, akan dibantu, tiada pengkelasan khusus.

Robin Hood menjadi kebanggaan rakyat setempat yang miskin dan tertindas ketika itu.

Mereka berpakat melindungi Robin Hood agar tidak tertangkap oleh kerajaan kerana mereka tahu akan akibat daripada tertangkapnya Robin dan rakan-rakan mereka.

Robin Hood semakin yakin dengan tugasan beliau yang telah mendapat kepercayaan masyarakat.

Walaupun dari segi moral atau agama, ia perlakuan yang salah, namun apakan daya kerana tiada cara yang lebih baik waktu itu untuk si miskin mendapat pembelaan.

Akhirnya Robin Hood tertangkap juga.

Dikatakan bukan orang lain yang menjerat beliau, tetapi rakannya sendiri yang terpengaruh dengan tawaran si musuh.

Robin Hood akhirnya dipenjarakan setelah didapati bersalah dalam perbicaraan.

Ya, memang Robin Hood bersalah kerana merompak.

Robin Hood menerima kenyataan yang beliau bersalah, tetapi dia melakukan kerja bermaruah.

Jika Robin keluar dari penjara, Robin akan dikenang sebagai banduan terhormat.

Robin Hood zaman edan

Itu adalah cerita Robin Hood zaman dahulu atau Robin Hood asli mengikut dongeng orang-orang barat.

Sekarang ada Robin Hood versi baharu yang sedang diperhatikan orang.

Si Robin Hood ini suatu masa dahulu pernah menjadi pujaan rakyat tempatan kerana kesungguhan beliau untuk mengambil wang negara bagi memberikan subsidi-subsidi kepada rakyat agar rakyat tidak merana dan menderita.

Maka dengan berbagai janji manis, beliau taburkan untuk menarik sokongan rakyat marhaen katanya.

Robin Hood ini juga pernah dipenjarakan kerana kes liwat, bukan kerana membela nasib rakyat.

Kemudian dia self-claim yang beliau adalah banduan terhormat.

Terkebil-kebil rakyat terkejut mendengarnya.

Mangsa sodomi bagaikan tidak terbela.

Ironinya, Robin Hood ini, bukan sahaja tidak dipenjarakan kerana membela rakyat, malahan kemudiannya dia menjadi pembesar setelah keluar dari penjara dan dimaafkan kerana kesalahannya itu oleh raja.

Rakyat begitu teruja dengan naiknya Robin Hood sebagai penguasa baharu.

Fikir rakyat, wang di dalam kantung negara akan dibelanjakan untuk kesejahteraan rakyat jelata.

Manakan tidak, itulah janji-janji Robin Hood dahulu yang ada banyak formula.

Pelajaran percuma, minyak murah, kenderaan murah, gaji naik, beri royalti, cukai turun dan banyak lagi sedagha-sedagha….oppss maaf guna ejaan bahasa pasar.

Robin Hood kaki kencing

Namun harapan tinggal harapan.

Robin Hood tidak menukarkan semua itu dengan melebihkan subsidi atau menjadikannya percuma, tetapi Robin menggantikan tempat penguasa terdahulu dengan lebih cukai dinaikkan, lebih banyak subsidi ditarik, pelajaran tidak percuma malah dikejar pelajar-pelajar yang berhutang.

Minyak dinaikkan harga, royalti tidak diberi, hutang negara makin bertambah.

Khabarnya kerakyatan dari negara lain juga diberikan semudah-mudahnya.

Rakyat menjadi teramat terkejut dengan perubahan sikap Robin itu.

Rupanya Robin hanya bermanis kata untuk jawatan ketua negara sahaja.

Ironinya, walaupun pada mata kasar disebalik cukai yang mahu dikenakan dan subsidi yang akan ditarik dari golongan maha kaya, Robin kemudiannya menaikkan sejumlah besar rakyat yang dari kelas menengah kaya ke kelas maha kaya kerana mahu mengutip lebih cukai dari orang maha kaya kata si Robin.

Manakala kelas miskin sangat gembira mendengar dikenakan cukai dan ditarik subsidi namun golongan miskin tidak tahu apa yang mereka dapat sebenarnya kerana syarikat milik kerajaan yang menguasai projek baja berbilion untuk rakyat bawahan juga katanya ada masalah.

Malah tauke judi yang membantu musuh Robin dahulu dan juga sahabatnya, sekarang mendapat projek telekomunikasi berjumlah berbilion-bilion.

Begitulah cara Robin Hood zaman edan mengutip cukai dari rakyat dengan memisahkan kategori rakyat bagi mengelirukan rakyat juga.

Robin Hood tetap merompak duit, cuma kali ini, rompakannya dilakukan ke atas rakyat atas nama rakyat dan dikembalikan kepada kroni Robin yang kaya yang mempunyai helikopter untuk Robin meronda-ronda.

Manakala tauke besar tersenyum lebar.

Celaka betul Robin Hood zaman edan ni…..

Mohd Nasir Abdullah

Kolumnis