Beberapa Isu Besar Mahu Disembunyikan

Beberapa Isu Besar Mahu Disembunyikan

Semenjak isu benarnya kewujudan adendum didedahkan, tiba-tiba bermacam isu picisan, tetapi dikuatkan oleh pihak sana sebagai cubaan menutup isu besar negara itu.

Begitu meriah media sosial dihiasi kerdipan isu-isu yang menghanyutkan rakyat kerana tahu kesan isu adendum ini.

Isu adendum ini adalah lambang kepada pembohongan terbesar satu puak yang sudah masuk kepada beberapa siri.

Sudah banyak penipuan mereka telah berjaya dikesan, mungkir janji, cakap tidak serupa bikin, musuh dijadikan kawan dalam masa jahat musuh itu belum berubah, tetapi diubahnya musuh supaya kelihatan baik.

Jadi, bayangkan betapa beratnya mereka terpaksa menghadapi isu adendum ini jika ia berterusan dan dipercayai rakyat.

Manakan tidak, isu ini telah cuba dilindungi supaya tidak lagi diperkatakan.

Pelik bukan, jika isu ini tidak salah, kenapa mahu ditutup?

Kalau isu ini fitnah, tangkaplah pelakunya.

Begitulah dahulu soalan yang sama ketika mereka membangkang kepada kerajaan yang dikata korup.

Alih Isu

Penyokong mereka menaikkan isu hakisan pantai Terengganu yang kononnya datang dari kesilapan pentadbiran PAS. Eh, pelik betul.

Dia yang rancang, dia yang buat, dia yang tak dengar nasihat pakar, dia guna duit pusat, dia juga guna duit pusat lagi untuk buat pemecah ombak, akhirnya dinasihatkan PAS ambil duit royalti untuk baiki kerosakan itu, lepas tu kesimpulannya, PAS yang salah?

Tidak berjaya dengan isu ini, kebetulan seorang OKU telah dipukul di Kemaman, dan kebetulan sekali lagi, ia dalam Parlimen MB Terengganu.

Maka hebohlah satu Malaysia dengan berbagai penghakiman media sosial cuba mengaitkan isu ini dengan PAS.

Sampai sanggup fitnah menuduh Exco Terengganu sebagai samseng itu.

Dan apabila Exco membuat laporan polis, ada yang kemudiannya mengnyahaktifkan akaun mereka. Takut.

Ada juga yang bertanya, MB tak buat kerja dengan isu OKU itu?

Dihidangkan pula cerita konon ada perbalahan antara DAP dan Umno.

Kita sudah tahu yang lakonan mereka ini.

Akhirnya Pemuda Umno di’lalat’kan oleh DAP yang mengaku singa.

Tidak berhenti dengan isu itu, ada pula isu sijil halal, perkataan ‘ham’ di Universiti Malaya.

Terkait dengan sebuah syarikat yang pernah ada masalah dahulu.

Islampun Sanggup Mereka Gunakan

Universiti Malaya dijadikan kambing hitam kali kedua dengan isu nyanyian lagu Kebangsaan China.

Harith Iskandar juga masuk campur dengan memberikan isu ‘ham’ itu dalam cubaannya untuk membuat lawak.

Akhirnya dia mendakwa ada cubaan membunuhnya.

Aku berpendapat rugi jika ada orang mahu bunuh seorang tua yang sudah mahu ‘expired’.

Tunggu habis umur jer, tak payah hadap masuk mahkamah.

Kemudian dianjurkan himpunan rakyat benci rasuah oleh satu kelompok kerdil dan kecil yang cuba menunjukkan gagah.

Sambil memberi amaran kepada PAS, mereka tidak tahu kekuatan PAS, tetapi berlagak sombong.

Ini semua hanya untuk mengalihkan isu.

Akhirnya ada berapa kerat sahaja yang turut berhimpun bersama mereka.

Madani tersenyum melihatnya.

Isu menganjingkan solat hajat, penghinaan terhadap Rasulullah semenjak seminggu lalu juga seperti dibantu oleh penyokong mereka supaya isu besar adendum ini ditutup.

Tidak lupa juga isu penjualan arak di kawasan orang Islam.

Isu tidak kenal masjid dalam promo pelancongan Kelantan.

14 Minggu Berturut-Turut Pelabur Asing Jual Saham

Tahukah anda yang sudah 14 minggu berturut-turut pelabur asing menjual pegangan mereka di KLSE?

Kata bekas Menteri Kewangan terbaik Asia dahulu, kata ada formula, mana?

Anda boleh lihat, semenjak pembentangan bajet 2025, KLSE tidak ceria, hanya biasa-biasa, naik sekali sekala.

Malah sasaran pelabur yang KLSE akan mencecah 1700 mata pada akhir tahun, hanya tinggal air mata.

Aku dapat meneka yang jemaah mereka berpakat melindungi sesama mereka kerana tiadapun ikatan antara mereka dengan Islam atas apapun perancangan mereka.

Semuanya ikut suka, bukan ikut agama. Jadi pastinya Islam tiada dalam hati mereka, apatah lagi untuk dilindungi.

Bagi aku, mereka bukan kuat sangat, tetapi kesanggupan penyokong mereka yang dibayar membela apa sahaja kejahatan pimpinan mereka itu yang menguatkan.

Mereka lebih sanggup melindungi taiko mereka, takut kalah dan hilang kemewahan dunia.

Peduli apa sama Islam, jual semuanya. Inilah sikap sebenar mereka.

Ayuh, kita sama-sama kembali kepada isu asal yang mana ia jelas memperlihatkan kejahatan pemerintahan mereka.

Sebelum masyarakat kita menjadi semakin parah.

Kita sebarkan supaya rakyat tahu.

Bukan lah tidak boleh melayan isu-isu kecil mereka, tetapi fokus utama kita jangan diabaikan.

Mohd Nasir Abdullah

Kolumnis