Presiden PAS Membuktikan Dengan Akhlaknya Islam Itu Mulia

Presiden PAS Membuktikan Dengan Akhlaknya Islam Itu Mulia

Alih-alih apabila ada kes yang dikatakan mempermainkan tarian kavadi, pimpinan DAP yang berketurunan Cina menyinga marahkan pelakunya dan mahukan tindakan tegas diambil.

Agak menghairankan kita, kenapa dia pula yang melebih-lebih?

Ya, kita setuju salah tetap salah jika benar dia mempermainkan agama lain.

Walaupun nampak tidak logik apabila pelaku meminta maaf, tidak dimaafkan.

Berbeza dengan Islam, atas seruan Allah, apabila musuh mahu berdamai, maka berdamailah.

Bukan bermakna kita bersetuju dengan kejahatan musuh kerana Allah mengatakan jika mereka mahu berhelah, maka serahkan kepada Allah.

Boleh rujuk surah al-Anfal, ayat 61-62.

Akan tetapi seperti biasa, apabila kita lihat kesungguhan DAP menyalak bak anjing gila, maka kita mesti menjauhi mereka kerana bimbang digigit.

Rupanya benar, ada kisah di sebalik cerita ini.

Bekas kakitangan YB Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh telah ditahan oleh SPRM untuk siasatan berkaitan rasuah.

Jika dahulu, kalau kita masih ingat, Teo Beng Hock seorang pembantu kepada wakil rakyat DAP di Selangor juga pernah ditahan oleh SPRM.

Namun berita sedih kita perolehi kerana Beng Hock mati dalam tahanan SPRM.

Kes itu dihangatkan oleh DAP sehinggakan menggegarkan negara.

Hampir sama kematian seorang sukarelawan Parti Buruh, Lim Soon Seng yang ditembak polis pada Mei 1969 yang mayatnya diarak dan disertai oleh puluhan ribu yang bersimpati dengan beliau.

Akhirnya ia mencetuskan 13 Mei.

Akan tetapi bagi kes Beng Hock, ia tidak menghala kepada apa-apa rusuhan atau keganasan kerana rakyat sangat bijak menilai dan tidak mahu kejadian buruk, tragedi kepada negara seperti 13 Mei berlaku lagi.

Dan selepas itu, apabila mereka berkuasa, bahkan keluarga Beng Hock juga menghadapi kesukaran untuk bertemu bagi menuntut apa yang mereka katakan dahulu, Beng Hock mati kerana dibunuh.

Lebih menyedihkan, isu Beng Hock tidak dapat diselesaikan kerana ia hanyalah mainan politik DAP sahaja.

Berbalik kepada bekas kes pembantu Teresa Kok itu, DAP dilihat cuba mengalihkan isu ini dengan hal perkauman dan agama.

Ia seperti kebal dari kes 3R kepada mereka.

Mereka sepertinya boleh berkata apa sahaja.

Rupanya ia hanyalah strategi mereka menutup najis yang mereka tidak basuh itu.

Segera Teresa Kok menafikan terbabit.

Apabila kena pada orang lain, terus dikatakan bersalah.

Sama seperti kes Khir Toyo dahulu, kes Lim Guan Eng sangat serius.

Tetapi dengan wajah yang selamba, dia pula meminta peruntukan kepada bumiputera dikurangkan. Dasar tak tahu malu.

Apabila timbul kes rampasan wang beratus juta ringgit dan jongkong emas yang dikaitkan dengan bekas PM9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tanpa lengah, mereka menyuruh PAS untuk tidak lepas tangan.

Sedangkan Ismail dari Umno dan Umno beberapa kali menolak gabungan PN.

Sehingga akhirnya memaksa Ismail membubarkan Parlimen.

Zunar yang kita kenali sebagai khadam Anwar, membuat kartun yang dia anggap melucukan dengan mendakwa Presiden PAS reda dengan rasuah oleh Ismail Sabri asal sokong Islam.

Begitulah jahatnya permainan manusia yang jauh dari agama.

Sedangkan kita lihat Presiden PAS sewaktu kes Lim Guan Eng dengan tegas mengatakan tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.

Menunjukkan Presiden PAS mengamalkan kemuliaan Islam walaupun kepada musuh dan orang kafir.

Adakah kepada Lim, Presiden PAS dilihat mengamalkan Islam dan kepada kes Ismail Sabri dikira sebagai menyokong rasuah?

Paling kurang Lim sudah masuk mahkamah untuk dua kes. Ismail belum lagi didakwa.

Mohd Nasir Abdullah

Kolumnis