Bekas ahli PAS yang menubuhkan PAN setelah mendapat restu Lim Kit Siang, bukan dan tidak pernah dipecat dari PAS.
Mereka yang memecat diri mereka sendiri setelah kalah dalam pemilihan PAS.
Ibaratnya mereka ambil tali, gantung diri, kemudian tulis nota mengatakan orang lain yang bunuh mereka. Pandir betul PAN ni.
Mereka hanya mendapat 20 peratus undi secara puratanya setelah gagal dalam cubaan merampas PAS untuk diserahkan menjadi khadam kepada DAP.
Dan selepas melakukan pemutihan ahli, PAS telah berjaya MOVE ON, tanpa merasakan PAN sebagai ancaman.
Kalau adapun kebimbangan PAS hanya jika aku buat analogi bagai anjing yang menyalak kepada PAS tanpa tujuan dan yang hanya PAS risau ialah penyakit rabbies kerana anjing gila terkadang tidak sahaja menyalak tetapi juga menggigit.
Aku tidak bermaksud PAN itu anjing gila, ini ibarat sahaja yang PAS tak layan, tapi bimbang juga gigitan tu.
Tapi kalau PAN triggerred dengan anjing gila itu, maaflah.
Apabila ada berlangsung Muktamar PAS Pusat, mereka akan jadi tukang komen itu dan ini, serba tidak kena.
PAS tak pula hiraukan konvensyen mereka yang antara agenda utamanya mengutuk PAS.
PAN bagaikan si gila talak yang mencari cina buta untuk halalkan semula.
PAN yang masih belum dapat MOVE ON dengan setiap hari pasti akan menyebut-nyebut nama PAS dan mengakui bahawa perjuangan mereka adalah kesinambungan dari perjuangan allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan juga Dato Ustaz Fadzil Noor.
Namun kedua-duanya ketika hayat, mengangkat Presiden PAS sekarang sebagai tokoh hebat dalam kalangan pimpinan PAS.
Sehinggakan almarhum TGNA sendiri mengakui keputusan-keputusan yang dibuat oleh Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ketika hayat TGNA dan marahkan DAP yang mencampuri urusan PAS.
Tidak pula almarhum memuji Ahmad Awang, lawan kepada Presiden PAS dalam pemilihan terakhir sebelum mereka melompat sendiri keluar dari tingkap setelah dimalukan oleh perwakilan PAS.
Dan Ahmad Awang sendiri tidak diangkat oleh PAN sebagai ikon ulamak mereka.
Atau mereka tahu apa yang berlaku, lalu merasa perlu orang tua itu disembunyikan belakang tabir?
Sehingga kini, jika ahli PAN mahu ‘glamer’, PAS wajib disebut dalam komentar mereka.
Akan tetapi PAS pula merasa amat malu jika menyebut-nyebut PAN yang kita tidak tahu apa sumbangannya kepada negara selain menjadi pertahanan ampuh kepada DAP.
Semakin lama, semakin teserlah penipuan mereka.
Konon kata mereka, mereka keluar PAS sebab melarikan diri dari dilacur kepada Umno.
Tetapi akhirnya mereka benar-benar menjadi pelacur kepada Umno dan paling malang, ia percuma, tanpa bayaran, Umno boleh guna, bila-bila masa, di mana jua mereka berada.
Bak kata Nga Kor Meng, singa tak akan melayan lalat.
Cuma aku menulis untuk memaklumkan bahawa tiada makna mahu memecat mereka sebab sendiri terpelanting keluar, dibenci perwakilan.
Dan juga dakwaan bahawa tiada pertandingan sewaktu Dato’ Fadzil Noor selama 13 tahun itu kerana PAS mempunyai ahli yang taat kepada Presiden.
Namun dalam 23 tahun Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menjadi Presiden, ada sekumpulan puak pemberontak dalaman PAS yang bertanding jawatan Presiden dan dimalukan.
Aku tidak tahu berapa umur penulis sewaktu Dato’ Fadzil Noor masih menjadi Presiden.
Tetapi dari segi penulisan, mungkin dia masih memakai lampin atau belum bersunat tetapi mengaku kononnya menghayati perjuangan almarhum.
Untuk rekod, kerusi terbanyak yang diperolehi PAS ialah dalam era TS TGHH serta banyak lagi kejayaan-kejayaan lain yang diperolehi tanpa menjadi hamba kepada DAP.
Mohd Nasir Abdullah