Aku tidaklah mengenali Dr Sam samada sebagai kawan atau mentor politik.
Dulu dia aktif di KL, bukan Terengganu.
Beberapa kali bertemu dengan beliau sewaktu singgah berprogram di Qatar bersama TS Presiden PAS.
Dan sekali secara dekat pada 2013, apabila aku yang diajak bersama rombongan Perhubungan PAS ke Brunei, bertemu beliau yang ketika itu masih berisi di KLIA, untuk pulang ke Terengganu.
Ada cerita berkenaan beliau bertemu Rafizi atas perancangan Langkah Kajang waktu itu.
Dan sebaik sahaja almarhum Dato’ Harun Taib meninggal, Langkah Kajang yang berisi fitnah yang jahat itupun dilancarkan oleh PKR bersama DAP bagi menukarkan MB Selangor, walaupun PAS yang dipaksa mengikut mereka menegaskan tiada keperluan menukar MB.
Dan semua orang aku yakin mengenali Dr Sam sebagai seorang bukan ulamak. Ini pasti.
Beliau berpenampilan sebagai seorang profesional yang terpelajar, bijak dan tenang dalam banyak isu.
Dia dihormati oleh ramai pegawai Kerajaan Terengganu sebagai ketua negeri, berbanding ulamak kerana sikap prejudis pegawai terhadap kemampuan ulamak.
Tiada langsung isu salah laku, rasuah dan kejahatan.
Kalau adapun isu yang diangkat bagi menjatuhkan nama baik beliau.
Isu seperti bantuan semasa Covid yang didakwa Umno sebagai ‘missing link’ , isu bergambar dekat dengan orang Umno semasa berkunjung ke rumah DS Ahmad Said, isu tidak menyambut PM kerana tiada surat jemputan rasmi kepada MB.
Isu lain lagi ialah ketiadaan beliau semasa banjir gelombang kedua yang mana beliau sudah menziarahi mangsa-mangsa sewaktu gelombang pertama.
Sehinggakan kereta apa yang disewa di sana juga didedahkan oleh orang yang bencikan beliau.
Perihal beliau sentiasa tiada di Terengganu padahal beliau keluar berbincang bagi mendapatkan sumber kepada Terengganu.
Kemudian diangkat beliau oleh PAS sebagai calon Ahli Parlimen Kemaman.
Dalam kempen, tiada rancangan dari PAS, tetapi rakyat secara bersama bersetuju bahawa karismatik Dr Sam diperlukan untuk menggantikan PMX yang sangat mengecewakan rakyat itu.
Dengan kesabaran beliau, perwatakan beliau, sambutan rakyat untuk beliau dinobatkan sebagai PM11, meresahkan kem lawan.
Lalu bermulalah acara menekan dan berkhianat kepada beliau.
PH dengan rakan mereka allahyarham TS Khalid Ibrahim lagi mereka hina dan jatuhkan walau dengan fitnah, kepada rakyat mereka tipu semahunya, apatah lagi dengan sosok kelahiran Jertih ini.
Maka disekat royalti dengan bayarannya tidak mencukupi dan tidak sampai kepada Kerajaan Negeri.
Dikeluarkan angka-angka iktisad Terengganu, konon apa diharap dengan Dr Sam yang tidak pandai memerintah negeri dan bercita-cita mahu menggantikan PMX.
Apa sahaja yang dapat memalukan Dr Sam, mereka sebarkan, secara berkelompok, tetap dan tersusun.
Sehinggalah dalam meminta wang bagi memberikan bonus hari raya kepada kakitangan Kerajaan Terengganu, mereka uar-uarkan sebagai mengemis wang Pusat.
Namun memalukan dan menghina orang, bukan sahaja dibenci manusia, tetapi lebih dari itu, Allah sangat murka.
Tiba-tiba takdir Allah, satu kemalangan kebakaran gas telah berlaku di Selangor.
Dan sekaligus peta jajaran paip gas seluruh semenanjung memalukan seluruh negeri PH yang mana ia menunjukkan bekalan gas, datangnya 100 peratus dari Terengganu.
Kemudian aib itu berterusan dengan Allah mentakdirkan, terlalu banyak cerita songsang dalam siasatan itu, sehinggakan rakyat tertanya-tanya, kenapa syarikat kontraktor itu tidak dinamakan?
Kenapa kawasan larangan Petronas diceroboh, kenapa MB Selangor cakap berbelit-belit dan mengapa pula Petronas yang kelihatannya akan membayar ganti rugi?
Mungkin tidak puas dengan itu, timbul pula isu TCO kepada Dr Sam.
Ironinya sambutan isu pendedahan TCO ini disambut serentak oleh penulis upahan PH yang menyuruh Dr Sam meletak jawatan jika tidak mahu dikenakan CPO.
Konon kata mereka semua orang kena.
Ya memang kena, tapi tidak sama kerana Dr Sam ditahan dan dipintas panggilannya.
Satu penghinaan kepada rakyat yang memilih beliau.
Seharusnya yang dikenakan sekatan dan diperiksa sebelum dibenarkan keluar negara ialah tertuduh dalam kes rasuah, pecah amanah, tidak kiralah kes mereka hanya dua seperti Lim Guan Eng atau 47 kes sebagaimana Zahid Hamidi.
Atau penceroboh tanah wakaf masjid dan kebun durian haram.
Bukannya MB Terengganu yang bersih dari rasuah.
Ingatlah, walaupun beliau bukan seorang ulamak, tetapi takut nanti apabila beliau berdoa, atas hak beliau yang dinafikan atau dizalimi, ia akan diterima terus oleh Allah, tanpa hijab.
Atau paling kurang, ada insan yang baik yang disukai Allah mendoakan balasan kepada penjahat dari PH.
PH mungkin boleh menjadi lebih hina, sehina-hinanya.
Itupun kalau PH percaya kepada Allah. Kalau tak, go ahead ajalah PH.
Mohd Nasir Abdullah