Dulu Boleh, Sekarang Tak Boleh?

Dulu Boleh, Sekarang Tak Boleh?

Semalam, Anwar Ibrahim berkata:

“Turun ke jalanan, ingat Perdana Menteri nak letak jawatan?”

Lucu.
Sebab itulah yang dia sendiri pernah buat dulu.

Mari kita imbas kembali.

1998, Anwar dipecat.
Dia tidak berdiam diri.
Dia tidak sekadar “move on”.
Dia memimpin ribuan orang ke jalanan sambil melaungkan “Reformasi!”

Dia ditangkap. Dipenjarakan. Sampai mata lebam.

Tian Chua?
Bukan setakat turun ke jalan.
Baring atas jalan, depan trak FRU.

BERSIH?
Ribuan berbaju kuning membanjiri Kuala Lumpur — lelaki, wanita, pelajar.
Disembur meriam air.
Semua ini kerana mereka percaya bahawa protes aman adalah hak rakyat.

Jadi, bila Anwar kata demonstrasi jalanan takkan ubah apa-apa,
Mungkin dia sudah lupa: itulah cara dia sampai ke sini.

Dia lupa, rakyat yang sama lah yang turun ke jalan demi dia.
Dia lupa bahawa ketidakpatuhan awam secara aman adalah pencetus Reformasi.
Dia lupa kuasa suara yang bersatu di jalanan.

Kini setelah berkuasa, tiba-tiba turun ke jalan dianggap “tak bertamadun”?
Tiba-tiba rakyat bersuara dikatakan pengacau?
Tiba-tiba siapa yang melawan dianggap penderhaka?

Bila kena pada dia, itu perjuangan.
Bila kena atas dia, itu fitnah?

Pilihlah sikap, PMX.

Masa itu kau kata, “hak rakyat untuk bersuara.”
Sekarang bila rakyat bersuara terhadap kau, itu “cubaan jatuhkan kerajaan”?

Kau tak boleh ubah undang-undang sesuka hati hanya kerana kau di Putrajaya sekarang.

Dan jujurlah…

Saya yakin “pengumuman mengejut” akan muncul beberapa hari sebelum demo.
Mungkin ada ‘hadiah’ baru atau ‘bantuan’ yang ditabur kepada rakyat.
Bukan kerana nak bantu,
tetapi nak halang rakyat daripada turun ke jalan.

‘Damage control’ yang disamar sebagai keprihatinan.

Dan satu lagi…

Kalau hari ini kita boleh turun ke jalan tanpa rasa takut,
Ucapan terima kasih bukan kepada Anwar.
Bukan kepada kerajaan Madani.
Bukan kepada MCMC.
Tetapi kepada Tengku Maimun,
Ketua Hakim Negara yang telah memutuskan bahawa demonstrasi jalanan adalah sah di sisi undang-undang.

Itulah khidmat terakhir Tengku Maimun untuk rakyat.

Ini bukan soal memaksa kau letak jawatan.

Ini tentang mengingatkan kau tentang apa yang pernah kau ajarkan kepada kami
bahawa kadang-kadang, reformasi sebenar bermula dari jalanan.

Kau sendiri pernah berkata rakyat mesti “buka mata.”
Nah…
Rakyat dah celik dah!

Raja Sara Petra

Kolumnis