Inilah semangat yang ada dalam jiwa anak muda Terengganu.
Mereka menolak pemimpin yang pernah menipu mereka dengan janji-janji manis dalam kempen PRU.
Semalam dikhabarkan wakil PMX yang pernah menjadi calon parlimen di Terengganu, di ‘boo’ oleh para peserta RXZ Member 7.0.
Antara sebab utama beliau disorak dipercayai kerana mulut beliau sendiri yang menggolongkan peserta di hadapan pentas adalah penyokong MB Terengganu.
Sedangkan program ini yang telah dicemari dengan politik tahi PH, sebenarnya dibenci majoriti peserta.
Lihat sahaja komen-komen di FB penganjur, penuh dengan amarah dan kritikan peserta.
Bagaimana penganjur mengenali seorang demi seorang peserta di hadapan pentas itu adalah penyokong MB Terengganu?
Tak lain hanya kerana mahu menahan malu diri sendiri dan sanggup berbohong kepada wakil PMX.
Buktinya penganjur semalam menyatakan hasrat mahu berjumpa dengan wakil Kerajaan Terengganu atas faktor salah faham jemputan VIP.
Amat lucu sekali, selepas beberapa hantaran ‘menganjing’ kepada MB dan tidak menafikan kenyataan MB bahawa mereka tidak dijemput, baharu penganjur tersedar ada salah faham?
Demi wang, pastinya mereka sanggup membohongi wakil PMX, malah maruah mereka juga tergadai.
Jadi mendakwa penyokong MB Terengganu membuat kacau adalah idea terbaik, bagi orang dungu dan diterima bulat-bulat juga oleh si dungu.
Ironinya Kerajaan Terengganu yang dikuasai PAS dari mula tahu siapa penganjur program ini, bukan ahli PAS.
Program besar sebegini, pastinya akan memberikan keuntungan berlipat kali ganda kepada penganjur.
Walaupun begitu, tidak pernah disekat, rakyat Terengganu untuk berniaga, hatta jika dia bukan ahli PAS dan juga bersikap kurang ajar sekalipun.
Cuba kita bayangkan, jika sekarang ini, pemerintahnya ialah Umno dan penganjurnya diketahui umum sebagai ahli PAS tegar.
Adakah permit akan diberikan?
Ditambah lagi jika tahu keuntungan yang diperolehi begitu besar?
Jangan harap dan jangan mimpi ia akan berlaku, apatah lagi di premis Kerajaan Negeri. Ini adalah fakta.
Shamsul Iskandar mungkin tidak menyedari ataupun dia tidak mahu mengakui aura Dr Sam, bukan sahaja di Terengganu, malah sudah menyebar ke seluruh negara.
Maka apabila Dr Sam dinaikkan sebagai calon PM-11 dengan segera serangan dilakukan oleh laskar siber PH mendakwa Dr Sam tidak mampu mengurus negeri kerana bayaran bonuspun harapkan Pusat membayarkannya. Naratif untuk mengaibkan musuh.
Dr Sam mendakwa pergerakkannya disekat, PH tidak mengaku, sehingga dibuktikan Dr Sam ditahan.
Isu ini mudah sahaja, jika Dr Sam tidak kompeten atau berkelayakan, kenapa perlu takut dan menyerang beliau hari-hari?
Logikkah seorang jeneral perang yang ada serba kelengkapan senjata takut kepada seorang pelajar sekolah yang hanya mempunyai pen dan pensil sahaja sebagai senjata?
Oleh itu, jika setiap masa beliau diserang, bermakna pen dan pensil itu berkemungkinan menjadi senjata berbahaya yang boleh membunuh musuhnya.
Apa lagi jika mempunyai kelengkapan persenjataan, pasti lebih bahaya. Dr Sam kekal dihormati rakyat Malaysia.
Hal ini juga kerana beliau melaksanakan sesuatu dengan penuh tanggungjawab kepada agama dan rakyat dan rakyat tahu keupayaan beliau kerana sekatan pihak musuh.
Anak-anak muda Terengganu bukan jenis yang tiada maruah, boleh dibeli dan dipermainkan.
Mereka masih ingat akan wajah-wajah penipu sewaktu kempen PRU dahulu.
Anak-anak muda ini adalah kalangan rakyat yang cerdik kerana selepas melihat Dr Sam dan barisan Exconya melaksanakan 20 janji manislfesto, mereka bukan sahaja mengekalkan kerajaan tetapi juga menghumban Umno dan PH keluar dari Dun Terengganu.
Maka apabila ada cubaan menghina Dr Sam di tanah tumpah darahnya sendiri, anak-anak muda ini tidak berdiam diri.
Kumpulan yang menghina tuan rumah itu tidak layak diraikan.
Jadi tidak perlulah Shamsul mahu menggunakan perkataan Islam atau agama bagi merujuk buruk laku anak-anak muda Terengganu ini kerana mereka, aku yakin lebih berilmu dari Shamsul sendiri yang tenggelam di dalam parti liberal.
Apa yang Shamsul tidak dimaklumkan ialah anak-anak muda ini dahulunya penyokong Umno dan PH, tetapi insaf atas keterlanjuran mereka menyokong parti yang salah.
Mereka ada prinsip yang sangat kuat kerana selain menyokong PAS, mereka belajar agama saban hari.
Jauh lebih hina Shamsul Iskandar berbanding anak-anak muda Trengganu ini kerana dalam satu podcast, Shamsul mengakui dia terpaksa memberikan kemenangan kepada Zahid Hamidi atas arahan bos beliau.
Tidakkah ia satu tindakan yang terhina kerana terpaksa menyerahkan kerusi kepada orang yang PH kata sebagai perasuah dan parti Umno adalah parti korup.
Asal kalah sahaja, mulalah nak guna agama….
Eddeyyy
Mohd Nasir Abdullah
