MB Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, telah mengisytiharkan bahawa beliau dan barisan Exco Kerajaan Terengganu tidak dijemput ke program tahunan RXZ Member 7.0 yang bakal diadakan di negeri Terengganu pada 22 dan 23 Ogos 2025. Kata MB ini adalah kerana gangguan politik yang disifatkan sebagai ‘komang spanar’ atau kalau dalam bahasa biasa merujuk kepada perbuatan yang tidak profesional atau kebudak-budakan.
Namun, beliau tetap mengalu-alukan kehadiran perserta dan memperingatkan semua peserta agar tidak meninggalkan kewajipan solat. Beliau yang sebelum ini, sering hadir ke program tersebut sebagai tetamu terhormat, sesuai dengan kedudukan beliau sebagai MB Terengganu. Ternyata himpunan ini diintai oleh pihak lain dengan rasa cemburu dan memulakan serangan.
Alhamdulillah, kerana disebalik semua itu, ada hikmah yang tersendiri yang dapat kita lihat. Inilah sikap sebenar orang Islam, segala apa yang ditakdirkan berlaku kepada mereka, semuanya adalah baik kerana takdir itu dari Allah. Rupanya kita dapat melihat program ini adalah dikuasai oleh kumpulan yang berniat sesuatu dengan dibuktikan oleh mereka sendiri.
Ada komen dari penganjur RXZ Member 7.0 ini mendakwa MB tidak membantu program mereka setelah beberapa hari mereka memeriksa FB MB tidak menaikkan iklan program mereka. Ini adalah satu bentuk sikap tidak beradab kerana mahukan MB mengiklankan program mereka sedangkan ada ‘billboard’ alu-aluan oleh MB. Siapa mereka? Keturunan raja mana? Bandingkan dengan sikap penganjur Terengganu International Bike Week, orang istana yang baru bulan lalu mengadakan himpunan mereka.
Persoalannya, adakah kita lihat dalam mana-mana media sosial, istana mengarahkan atau marahkan MB kerana tidak menaikkan iklan TIBW dalam FB MB? Tiada. Malah MB dijemput dalam majlis perasmian. Dalam TIBW tahun lalu, ada aduan berkenaan wanita yang menjual produk motor berpakaian agak mencolok mata dan rakyat Terengganu mengkritiknya. Pada tahun ini, tiada isu berkaitan pakaian.
Walaupun penganjur seorang yang berkedudukan tinggi, tidak menyebabkan beliau menjadi tidak beradab dengan menyuruh itu dan ini kepada MB. Paling lucu, sehingga ke jam 10.00 pagi ini, dalam FB rasmi milik PMX, tidak ada sekeping posterpun berkenaan program RXZ Member 7.0 di Terengganu itu. Rujuk sini https://www.facebook.com/share/14DntA6bMh6/
Kenapa penganjur tidak menyalak marahkan PMX kerana tidak mempromosikan program mereka? Manakala bagi Dr Sam, mereka menuduh kononnya Kerajaan Negeri tidak menyokong kerana tidak mengiklankannya?
Bodoh dan sombong
Kita dapat melihat juga, Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu, Dato’ Rozi Mamat yang tersenyum riang kerana mungkin boleh kita katakan telah berjaya ‘hijack’ program itu dengan beliau membawa sekumpulan pemuda di belakang beliau yang siap mengibarkan bendera Umno. Sedangkan MB Terengganu dahulu tidak pernah sekali mengibarkan bendera PAS.
Kita kasihan kepada Dato’ Rozi ini kerana beliau adalah Pengerusi Umno yang paling tiada nilai disebabkan beliau tiada kerusi untuk dibanggakan, lalu cuba menumpang apa sahaja demi survival politiknya.
Kita faham kerana keterdesakan beliau untuk merampas kembali Terengganu, maka beliau diperbodohkan oleh kumpulan anak muda yang cuba menaikkan beliau sebagai ikon, mungkin. Namun ini satu tindakan bodoh sombong kerana Umno Terengganu kena tahu, anak muda Terengganu sehingga kini, masih belum dapat dijinakkan dengan harta benda, janji manis politik apa lagi dari Umno kerana laluan mereka sekarang adalah di jalan agama.
Lihat sahaja sambutan anak muda jika ada program agama, akan penuhlah majlis-majlis ilmu. Bukan mereka hanya tahu bergembira dengan program-program bersuka ria sahaja. Dan bagaimana pula Umno mahu mengajak anak-anak muda Terengganu ke majlis agama mereka jika penceramah program RXZ ini pun mereka jemput Ustaz Azhar dan Ustaz K? Mana ustaz mereka?
Maestro dakwah, Ustaz Azhar Idrus yang sering dihina penyokong PH, tetap hadir dan berkongsi ilmu, walaupun beliau sangat menyokong perjuangan PAS, parti MB Terengganu. Boleh sahaja beliau batalkan kuliah di tapak program. MB Terengganu pula jauh sikapnya yang berakhlak mulia kerana masih memberikan ucapan sambutan walau dikeluarkan dari majlis. Tetapi inilah akhlak Islam, kedua mereka balas kejahatan dengan kebaikan, walau dikhianati.
Masihkah kita ingat, penghinaan Saifuddin Nasution terhadap golongan muda yang dikatakan tidak berpelajaran dan menyokong PN? Jadi kenapa sekarang mahu menagih undi mat rempit yang bodoh ini dengan PMX mengumpan RM100 ribu? Oleh itu ingatlah wahai anak muda, beginilah sikap PH termasuk penganjur RXZ Member 7.0, kurang adab, bodoh dan sombong, ia bukan sikap anak Terengganu sejati.
Akhir sekali, kita seharusnya bersyukur kerana salah satu penaja RXZ Member 7.0 ini adalah syarikat yang menjalankan perniagaan forex. Syarikat-syarikat begini biasanya ada masalah dengan agensi-agensi kewangan.
Eddeyyy
Mohd Nasir Abdullah
