Lupa Sejarah, Tapi Nak Menang Sembang

Lupa Sejarah, Tapi Nak Menang Sembang

Agak nakal status ni sebab kerana event motor RXZ, dia heret Tuanku, dengan kenyataan sebagai “tuan tanah Terengganu”.

Beberapa bulan lepas, dia heret kematian pelajar UPSI di Besut dan tunjuk konon macam Pehemi sahaja yang tolong.

Apa yang nakal? Yang nakal ialah dia lupa nak tulis masa penyokong Deris kata “NATTANG” kepada tuan tanah Terengganu tahun 2008 sebab tak puashati, geng tu sedar ke tak yang Tuanku tu tuan tanah Terengganu?

Waktu tuan tanah Terengganu balik ke Terengganu selepas selesai tugasan menjadi Agong pada Disember 2011, ada parti politik naikkan bendera Terengganu setengah tiang.

Parti tu sedar ke tak yang dia hina tuan tanah Terengganu tu?

Dia lupa juga nak tulis sejarah ni rasanya.

Masa ada wakil Umno suruh tarik royalti petroleum dalam Perhimpunan Agung Umno, ada dia bincang dulu ke dengan tuan tanah Terengganu ini?

Habis duit rakyat Terengganu orang lain guna, tuan tanah Terengganu murka ke tak?

Dia kata ada jawatan TCS yang lebih tinggi dari MB dan Exco seperti SUK, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-Undang (ada peguam tanya, betul ke statement ni?

Tak apa, aku layan dululah. So, what?

Masa Deris paksa Dato’ Tengku Hassan Tg Omar letak jawatan Pegawai Kewangan Negeri pada 2004 dulu, Deris sedar tak yang jawatan Dato’ Tengku Hassan tu lebih besar dari MB, dan Exco?

Adik tuan tanah Terengganu ni, ada anjur jugak Terengganu International Bike Week (TIBW) bulan lepas, tapi tak adalah menyalak riuh suruh MB iklan program dia dalam FB MB macam penganjur RXZ yang bukan keturunan raja tu komen menganjing MB dalam FB.

Malah MB setiap tahun dijemput ke TIBW walaupun beliau bukan tuan tanah Terengganu.

Program TIBW adik tuan tanah Terengganu ni dapat kecaman berkaitan pakaian jurujual wanita yang mencolok mata tahun lepas.

Tapi tahun ini sudah diambil tindakan pembetulan dan tiada isu.

Ini membuktikan adik tuan tanah Terengganu ini reti bahasa dan tahu hormat kepada undang-undang yang ada.

Tak perlu juga minta bantuan atasan untuk elak peserta TIBW di’pukat’.

Enakmen Kanun Jenayah Syariah (EKJS) Terengganu tahun 2002 adalah kesinambungan kepada Undang-Undang Tubuh Negeri Terengganu Itqanul Muluk Bi Ta’dil Al-Suluk yang mengangkat al-Quran, Sunnah, Ijmak dan Qias sebagai asas perundangan Terengganu tahun 1911 dulu yang diasaskan oleh Sultan Zainal Abidin III, Tok Ku Paloh dan ramai lagi, kemudian dihapuskan oleh Inggeris pada 1919.

Tuan tanah Terengganu pada 2002 itu, setuju dan tandatangan untuk ia diwartakan selepas diusulkan dalam DUN.

Parti mana yang buat EKJS tu sebagai kesinambungan perundangan Sultan Zainal Abidin III selepas dihapuskan British?

Dan siapa yang menentang dengan tuduhan Hudud PAS?

Nak sebut sejarah Itqanul Muluk, tapi tak habiskan sambungannya.

Samada tak tahu sejarah Terengganu atau buat-buat lupa.

Sepanjang puluhan tahun memerintah Terengganu, ada Umno sambung naikkan semula undang-undang Islam yang dihapuskan British tu?

Semasa Umno memerintah Terengganu dan ‘menghalalkan’ judi berlesen, adakah tuan tanah Terengganu ini mesti dikaitkan juga dengan dosa Umno sebab dia tuan tanah Terengganu?

Nak menipu fakta sejarah boleh jer, tapi cuma nak ingatkan, boleh tipu orang yang berbeza pada masa yang berlainan.

Tapi mustahil boleh tipu orang yang sama pada setiap masa.

Kecuali orang tu penyokong PH atau Umno.

Golongan ni memang boleh dibodohkan setiap masa, tiada masalah.

Layan pada jenis nak menang sokmo ni bahaya, habis benda dia heret untuk buat jadi peluru dia, nak menang cakap, tak kira Sultan ke bukan, ulamak Tok Ku Paloh, perundangan Islampun dia tak kira, sebab nak menang sembang isu RXZ jer.

Paling best, tak pernah mengaku Umno, tapi hari-hari duk bangkit kisah silam, pusing data, bandingkan kejayaan Umno dan kutuk PAS.

Tak berat sebelah, profesionallah kononnya.

Ehhh tuan tanoh…..masa kena ke dia

Mohd Nasir Abdullah

Kolumnis