Serangan Iran Mengenai Bunker Rahsia Tentera AS-Israel Di Bawah Menara Tel Aviv

Serangan Iran Mengenai Bunker Rahsia Tentera AS-Israel Di Bawah Menara Tel Aviv

Satu penyiasatan oleh The Grayzone mendedahkan bahawa serangan peluru berpandu Iran pada 13 Jun lalu di Tel Aviv telah mengenai secara langsung sebuah pusat kawalan tentera rahsia bawah tanah yang dikendalikan bersama oleh Israel dan Amerika Syarikat, terletak di bawah kompleks pangsapuri mewah di tengah-tengah bandar itu.

Menurut analisis geolokasi, emel bocor dan rekod awam, bunker tersebut dikenali sebagai ‘Site 81’, yang terletak di bawah Menara Da Vinci (Da Vinci Towers), sebuah kompleks kediaman dan pejabat mewah yang dibina di atas tapak bekas bangunan kementerian.

Kemudahan ini dilaporkan berfungsi sebagai pusat kawalan dan komunikasi perisikan tentera Israel, dan jurutera Tentera Darat AS telah menyelia pembinaannya lebih 10 tahun lalu.

Apabila peluru berpandu Iran mengenai beberapa lokasi di utara Tel Aviv pada bulan Jun, pihak berkuasa Israel segera menutup kawasan impak dan melarang wartawan daripada merakam gambar atau membuat liputan.

Antara yang dihalang ialah wartawan Fox News, Trey Yingst, yang diarahkan beredar oleh polis berhampiran kompleks HaKirya dan Menara Azrieli.

Beberapa jam kemudian, media rasmi Iran mengumumkan bahawa sasaran ketenteraan dan perisikan Israel telah berjaya dipukul tepat, sebagai tindakan balas terhadap serangan Israel ke atas wilayah Iran sebelum itu.

Laporan The Grayzone turut mengaitkan kompleks Da Vinci dengan projek tahun 2013 oleh US Army Corps of Engineers, yang mengembangkan “Site 81” menjadi kemudahan perisikan seluas 6,000 meter persegi dengan perlindungan elektromagnetik.

Satu gambar daripada kajian tentera AS berjaya dikenal pasti lokasinya (geolocated) melalui mercu tanda berhampiran, termasuk menara udara Kannarit (Canarit) milik Tentera Udara Israel.

Tapak ini terletak kurang daripada 100 meter daripada taman permainan kanak-kanak dan pusat komuniti, menimbulkan kebimbangan bahawa Israel telah membina kemudahan ketenteraan sensitif di kawasan padat penduduk, sekali gus menggunakan orang awam sebagai perisai manusia, taktik yang sering dituduh Israel lakukan terhadap Palestin.

Imej satelit kawasan itu masih dikaburkan di Google dan Yandex Maps, dan tiada akses paparan jalan (street view), menunjukkan usaha menutup maklumat strategik di dalam Tel Aviv.

Selain itu, emel bocor antara bekas Komander NATO, James Stavridis, dan bekas Ketua Tentera Israel, Gabi Ashkenazi, menunjukkan bahawa bunker ini memang digunakan sebagai pusat kawalan rangkaian tentera Israel.

Dalam pertukaran emel pada tahun 2015, Stavridis menyebut sebuah syarikat AS bernama ThinkLogical yang telah memenangi kontrak besar di Site 81 bersama IOF (Tentera Pengganas Israel).”

Kompleks Da Vinci dan menara sekitarnya dibiayai oleh rangkaian pelabur Israel-Amerika yang mempunyai hubungan rapat dengan institusi keselamatan Israel, termasuk Check Point Technologies dan AI21 Labs, yang diasaskan oleh veteran Unit 8200, unit elit perisikan isyarat tentera Israel.

Akhir sekali, analisis France 24 terhadap liputan selepas serangan menunjukkan adanya penapisan besar-besaran oleh Israel, di mana akhbar Haaretz hanya menyiarkan laporan mengenai serangan ke atas Da Vinci Towers selepas dua minggu, walaupun gambar kejadian telah pun tersebar lebih awal.

Israel