Sekarang bising pasal banyak kes juvana yang berlaku, bukan jenayah ringan.
Takziah kepada keluarga mangsa atas apapun kes yang menimpa mereka.
Ada yang mula mempersoalkan berapakah sepatutnya umur yang boleh dikenakan hukuman juvana?
18 tahun atau lebih muda dari umur itu?
Perdebatan ini mengingatkan aku dengan isu yang dibangkitkan ketika mula-mula Kelantan memperkenalkan Enakmen Jenayah Syariah untuk mengangkat hudud sebagai perundangan tertinggi oleh MB Kelantan waktu itu, almarhum TGNA.
Kemudiannya musuh PAS menggelarkannya sebagai Hudud PAS yang mana selepas itu dibalas oleh almarhum, kalau ini hudud PAS, sila tunjuk mana hudud Umno.
Namun musuh PAS mempertikaikan pula isu-isu teknikal lain seperti umur pesalah yang sepatutnya dikenakan hukuman.
Biasalah, jika kalah hujah, maka si bodoh akan menjelirkan lidah kerana tetap mahu menang.
Kemudian Terengganu pula dikuasai oleh PAS dan Tan Sri Presiden PAS yang mengemudi Kerajaan Terengganu diwaktu itu, menetapkan umur pesalah berbeza dari umur pesalah Kelantan.
Ia membingungkan musuh PAS kerana jika mereka mengatakan umur ini tidak sesuai, kedua-dua negeri Kelantan dan Terengganu mempunyai dalil yang digunakan oleh imam mujtahid sebagai rujukan enakmen masing-masing.
Pun begitu, kerana kekurangan ilmu, mereka memainkan juga isu umur pesalah hukuman hudud yang bagi mereka terlalu muda untuk dihukum sebagai orang dewasa.
Hari ini, ada golongan yang membangkitkan pula isu umur juvana yang pada usia 17 tahun, dikira sudah mencapai kematangan untuk berfikir dan menerima hukuman sebagai dewasa.
Tidak semestinya 18 tahun keatas.
Aku hanya tersenyum menggamit nostalgia bagaimana PAS suatu ketika dahulu dianggap sesat oleh ramai orang kerana kerja-kerja agama yang mereka laksanakan, dan kini, bukan sahaja rakyat biasa, malahan musuh sendiri mengakui PAS bersih dari rasuah, salah guna kuasa dan lain-lain dosa.
Berkelahilah kamu, berapapun umur yang sepatutnya dikategorikan sebagai dewasa dan juvana.
Selagi tidak kembali kepad Islam, akan tetaplah bala akan datang. Islam adalah penyelamat, bukan kata PAS, tetapi ia jaminan sahih dari Allah dan rasul.
Mohd Nasir Abdullah

