Ada perwakilan Umno dari Terengganu sebut dalam ucapan mereka di PAU 2025:
1-Umno Terengganu 2000 kali kecewa kepada PAS berbanding DAP
2-PAS pilih kasih, bantuan kepada ahli PAS sahaja
3-Pendapatan negeri Terengganu bawah pentadbiran PAS merosot, Pahang lebih bagus
4-Pasukan penerangan PAS lebih berkesan berbanding cybertroopers Umno
5-Umno masih sukar untuk tewaskan PAS di Terengganu
6-Pengerusi Umno Terengganu, Dato’ Rozi Mamat sedia bergabung dengan PAS, nak pecahkan telur
Soalan dia, lepas kutuk PAS, konon kau bagus, kau mengaku pulak yang rakyat Terengganu masih sokong PAS.
Kemudian Pengerusi kau ajak PAS bergabung.
Kau takde WhatsApp group ke sebelum buat ucapan?
Telur mana yang nak dipecahkan tu?
Umno Terengganu ada telur ke?
Namun yang paling bengong apabila ada perwakilan Umno kutuk Dato’ Dr Azman Ibrahim kerana sindir perwakilan PAU yang sibuk menghentam PAS dalam ucapan mereka.
Dia kata Dr Azman menipu sebab dia duduk dalam PAU, tak adapun dengar perwakilan kutuk PAS dan Dato’ Dr Azman tidak ada di sana.
Dengan tersiarnya laporan-laporan berita yang perwakilan Umno menghentam dan merayu penyatuan dengan PAS ini, jelas terbukti, mahkluk yang mengaku kata dia ada dalam perhimpunan itu tetapi tidak dengar perwakilan PAU menghentam PAS samada dia tidur dalam perhimpunan atau dia melencong pergi shopping, lepas selfie gambar dalam dewan.
Mohd Nasir Abdullah
