Tanpa Kelab Malam, Nampak Okay Je

Tanpa Kelab Malam, Nampak Okay Je

“Orang Terengganu tak ada pub dan kelab malam, nampak ok je.”

“Boleh hidup dengan cara kita.

“Nak minum teh tarik tak perlu masuk kelab.

“Terengganu juga sebuah negeri dengan masyarakat majmuk berbilang bangsa dan agama.

Demikian kata Dr. Azman Ibrahim apabila ditanya tentang cadangan penutupan kelab Malam oleh perdana menteri.

“Saya setuju dan menyokong penuh kenyataan ringkas PM tentang pub dan kelab malam.

Menurutnya lagi adalah menjadi tanggungjawab pemerintah untuk menggunakan ruang kuasa yang ada bagi menjaga moral dan tata susila rakyat.

Takkan masuk pub dan kelab malam sekadar untuk makan mee mamak dan minum nescafe tarik.

Dr Azman Ibrahim adalah Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri Terengganu.

Isu Semasa