Cara Islam Presiden PAS Serukan

Cara Islam Presiden PAS Serukan

Saya bagi contoh kepada semua bagaimana kita jangan menghukum seseorang hanya berdasarkan berita sahaja.

Yang paling penting, mengikut seruan Presiden PAS ialah, biar pihak berkuasa menyiasat.

Gambar di atas adalah satu contoh.

Benar beliau ditahan.

Benar beliau positif dadah.

Benar tempat beliau ditahan ialah tempat hiburan.

Benar beliau adalah Adun DAP.

Benar beliau bukan Islam.

Ini semua fakta kes yang kita boleh bincangkan, kerana ia adalah kronologi bagaimana kes berlaku.

Tetapi atas apa alasan sekalipun, beliau belum didapati bersalah.

Sebenci manapun kita kepada beliau, jangan kita menjatuhkan hukuman.

Beliau hanya ditahan untuk siasatan.

Beliau belum didakwa, maka tiada lagi perbicaraan.

Presiden PAS melakukannya menurut ajaran Islam.

Kita tidak boleh paksakan mereka menurut kita, tetapi kita, sebagai orang Islam, wajib menahan diri daripada menjatuhkan hukuman kepada beliau.

Walaupun kita tahu, jika ada sekalipun tuduhan palsu kepada PAS, mereka akan menggelupur keseronokan dan menyerang PAS bagai nak gila.

Namun, kita bukan sejenis mereka.

Kita ada kiraan dosa pahala.

Biar mahkamah yang menentukan kesalahan beliau itu, benar atau diperangkap atau bagaimana.

Indahkan Islam?

Presiden PAS sentiasa membawa contoh Islam.

Alhamdulillah.

Mohd Nasir Abdullah

Kolumnis