BERITA TERGEMPAR: Perang Bermula

BERITA TERGEMPAR: Perang Bermula

Bumi Ukraine akhirnya bergegar dengan serangan besar-besaran tentera Rusia.

Seluruh lokasi tentera Ukraine dibom bertali-arus manakala tentera Rusia mengisytiharkan sistem pertahanan udara Ukraine hampir musnah.

Ukraine pula melaporkan menembak jatuh beberapa jet pejuang Rusia.

Dunia kini menanti apakah tindak balas Amerika dan sekutu NATO yang setakat ini gagal mengambil tindakan pre-emptive yang berkesan sama sekali.

Malah, Amerika belum mengharamkan eksport minyak dari Rusia begitu juga Eropah masih terus menerima eksport gas dari Rusia, hanya projek Noord Stream 2 sahaja yang ditangguh.

Harga minyak Brent Crude melonjak melebihi 100 USD dalam sekelip mata.

Kita nantikan sejauh mana Amerika dan NATO berani bertindak balas dengan sebenar-benarnya dari segi ketenteraan dan juga ekonomi.

Abdul Muein Abadi

Ukraine