Golden Pharos Berhad (GPB) adalah salah satu GLC Kerajaan Negeri Terengganu yang menjalankan perniagaan berasaskan pengurusan hutan dan pengeluaran produk berasaskan kayu.
GPB disenaraikan dalam Bursa Malaysia.
Alhamdulillah, baru-baru ini GPB telah mengeluarkan laporan kewangan mereka dengan keuntungan sebelum cukai 2021 sebanyak RM2.674 juta.
Anak syarikatnya yang mencatatkan keuntungan adalah KPKKT dan Pesama, sementara anak syarikat Berjaya mengurangkan kerugian.
GPB dipengerusikan oleh YBM Exco Kerajaan Negeri Terengganu, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar dan mantan pensyarah perhutanan Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr M. Zaki Hamzah sebagai CEO, adalah individu yang sangat tepat dengan kepakaran beliau untuk menerajui GPB.
Antara lain kejayaan GPB melunaskan “hutang” lama syarikat kepada PMINT dan LTAWNT sebanyak lebih daripada RM2 juta.
Sesuai dengan prinsip Islam yang diterapkan di dalam PITAS2030, “hutang wajib dibayar dan pasti ada keberkatan dari Allah apabila disempurnakan”.
Kejayaan GPB dan anak syarikat Kerajaan Negeri Terengganu yang lain membuktikan bahawa konsep teknokrat yang dizahirkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu sekarang berjaya dan Islam mampu memimpin dan mengurus sumber Negeri Terengganu.
Bukannya semberono mentadbir.
Lebaipun ramai yang professional.
Faham sekarang?
Mohd Nasir Abdullah