Kenapalah sakit hati sangat pada PAS?
Asal air paip keruh, salah PAS.
Asal banjir salah PAS.
Asal bukit dan gunung ditarah digondol salah PAS.
Tanpa usul periksa terus sahaja PAS dikecam.
Yang tukang kecam tu pulak, kebanyakannya manusia sebangsa dengan PAS.
Sepatutnya, siasat selidiklah dulu sesuatu kejadian yang berlaku.
Biar ada hujah dan faktanya.
Taklah nampak sangat berita itu bohong berselit fitnahnya.
Macamlah banjir hanya berlaku di negeri PAS mentadbir.
Selangor, Johor, Pahang dan Wilayah tak pernah banjir?
Zaman BN perintah tiada bencana banjir?
PH perintah, bukit tak ditarah, tanah tak runtuh?
Apa yang berlaku di Baling, Kedah; apabila disiasat rupa-rupanya projek Musang King berjalan sejak zaman BN perintah.
Diburukkan lagi ketika kerajaan PH.
Yang dipersalahkan PAS; seolah-olah sejak kerajaan PAS-lah punca bencana ini.
Macamlah PAS ini superhero yang boleh tahan hujan yang lebat mencurah dan kepala air.
Kenapalah sakit hati sangat kepada PAS?
Kerana nak pukul anak sindir menantu, menteri-menteri PAS diluku.
Kalau Nur Jazlan marahkan DS Ismail Sabri, cakap ‘direct’ sajalah.
Kalau tak puas hati terhadap menteri-menteri UMNO yang pro-PM, sebutlah.
Buat apa sindir guna batang tubuh menteri-menteri PAS.
Kata saja PM cap ayam.
Cakap terus Khairy Jamaluddin, Anuar Musa dan Ahli-Ahli Parlimen UMNO cap ayam.
Ada siapa kisah?
Tak cukup sindiran, ucapan pemimpin PAS di’spin’ dan ditokoktambah untuk menyakitkan hati rakyat kepada PAS.
Ustaz Nik Zawawi difitnah konon berkata kenaikan harga barang bukan satu masalah.
Apa tak marahnya rakyat.
Tapi begitulah modus operandi pembunuh karektor.
Dari berita bohong dan fitnah itulah, Ketua Pemuda UMNO dan para pembenci PAS mengulas dan mengupas.
Lidah biawak, ekor melibas.
Kenapa sakit hati sangat dengan PAS?
PAS tiada rekod mengkhianati negara.
PAS tak pernah terlibat jual IC kepada bukan warganegara.
Ada orang sanggup khianat asal dapat undi menang pilihanraya.
Entah ramai mana sudah jadi ‘rakyat’ Malaysia, boleh beli tanah, milik rumah dek IC segera.
Kenapa manusia pembelot bangsa ini tak dibenci?
Patut ditikam lumat sampai mati.
Pemimpin PAS sehingga kini tiada rekod rasuah.
MB-MB PAS tak pernah seleweng harta negeri.
Exco-Exco kerajaan tak rebut projek, bolot tanah beratus ekar.
Kalau Kelantan, sudah berdekad PAS perintah, satu kes pun tak berlaku unsur khianat.
Tetapi apa yang tak berlaku kepada pemimpin BN dan PH?
Kalau Lim Guan Eng yang beretorik dengan CAT pun manis kata perangai jahat, apalah sangat kalau ada menteri yang boleh buat ‘showroom’, miliki kenderaan mewah yang hebat-hebat.
Orang khianat tak dimusuhi tak diperangi.
Orang yang amanah pula, dihina dan disakiti saban hari.
PAS tiada rekod jual gadai tanah ribuan ekar kepada tauke-tauke judi Cina.
Cuba belek-belek sejarah, siapa yang bersekongkol sehingga tergadainya hutan dara milik nenek moyang kita?
Di bawah pentadbiran siapa tanah rezab Melayu semakin mengecil, bangsa Melayu duduk terpinggir?
Berapa peratus berbakinya tanah rezab Melayu di Pulau Pinang dan di kota-kota besar seluruh Negara?
Bangsa apa yang hari ini masing-masing memiliki ribuan hektar tanah ladang.
Mendapat pula pangkat Tan Sri, Datuk Seri berkongsi habuan.
Nun di pelosok sana, bangsa pribumi dipanggil ‘pakcik’, kais pagi makan pagi, tanah tak milik walau seinci.
PAS hanya hendak mendaulatkan Islam di tanah pusaka bonda ini.
PAS menjunjung inspirasi perjuangan Tok Janggut, Tokku Paloh, Mat Kilau dan para pejuang alim ulama silam.
Memerangi toghut, menentang warisan penjajah, membebaskan tanah air dari cengkaman.
Bangsa bermaruah, tanah air bersyariat jadi matlamat.
Habis, mengalah PAS dibenci?
Masih berbakikah ikatan ukhuwwah, rasa serumpun dan kasih sayang?
BayangDiAir,