Keunikan Kelantan Yang Kini Jadi Rebutan Kuasa-Kuasa Politik Melayu

Keunikan Kelantan Yang Kini Jadi Rebutan Kuasa-Kuasa Politik Melayu

Sedikit pendapat peribadi dari saya:

Di dalam negeri Kelantan kita boleh melihat semua perniagaan pasar pasar ekonominya agak seimbang antara kaum dan majoriti orang Melayu kuasai ekonomi disini, tidak serperti di negeri-negeri lain yang jurang ekonomi dan kemiskinan jauh berbeza antara satu sama lain.

Di Kelantan mereka bebas menggunakan tulisan jawi di papan tanda atau pun sign board perniagaan mereka, menunjukkan sikap jati diri yang kuat mempertahankan tradisi yang berabad-abad lamanya bagi kaum Melayu dalam masa yang sama semua kaum juga ikut meraikan.

Di Kelantan selain kaum Melayu orang-orang Siam, Cina dan India fasih berbahasa lorat Kelantan dan berbahasa Melayu tidak seperti negeri-negeri lain bahasa kebangsaan kurang dihormati dan menjadikan Kelantan begitu unik apabila pelancong dari luar melawat negeri ini.

Di Kelantan tanah-tanah rezab Melayu bumiputera paling tertinggi mengatasi mana-mana negeri seluruh Malaysia, begitu kuatnya mereka mempertahankan susur galur mereka.

Jika setakat kemajuan jadi ukuran saya rasa silap pemahaman begini…untuk apa kemajuan itu kalau kamu menekan kaum kamu sendiri..???

“Jangan sampai bangsaku tiada negara” – Mat Kilau.

Kong Tuck Weh

Kelantan