PAS Mesti Dihancurkan Walau Apa Cara Pun

PAS Mesti Dihancurkan Walau Apa Cara Pun

Ini sekadar peringatan kepada para umat Islam tentang PAS.

Saya telah banyak menulis artikel tentang perkara ini dan terlibat langsung membongkar musuh dalam selimut sejak kemasukan golongan profesional bersama jemaah IRC akhir 80an.

DAP memang musuh yang nyata dan hubungan yang PAS jalinkan dalam Tahalluf Siasi sebagai bukti sifat sebenar bangsa DAP terhadap Islam.

PAS adalah Gerakan Islam Sedunia cawangan Malaysia yang paling DAP takuti.

Percayalah DAP tidak hairan dengan UMNO yang mana telah merealisasikan agenda mereka sejak Mahathir menjadi menteri pelajaran pada tahun 70an.

Tanpa PAS sudah lama umat Islam dibantai walaupun ada menafikan.

PAS bagaikan benteng pertahanan terakhir umat Islam dari bangsa DAP.

Saya rasa ramai yang dah baca tulisan saya tentang agenda tersembunyi DAP dan tidak perlu saya tulis.

Saya hanya masuk bila Islam tergugat dan saya lebih condong membantu PAS kerana dasar perjuangan yang berteraskan Al-Quran, As-Sunnah, Ijma’ Ulama dan Qias.

Pendedahan lengkap saya tentang IRC yang cuba bertapak di dalam PAS pada tahun 90an sehingga ketua mereka, Saari Sungib (Abu Ukwah) keluar dari PAS dan menubuhkan JIM.

Beliau diserang bertalu-talu oleh almarhum TG Harun Taib di muzakarah anjuran pelajar UM.

Ketika PAS dalam PR beliau pergi berjumpa dengan Almarhum TG Harun Taib untuk kembali kepada PAS tetapi Almarhum minta beliau terus bersama JIM.

Sebelum PAS bersama PR saya mula merancang untuk membongkar anai-anai yang bersarang dalam PAS tetapi dihentikan sementara setelah Datuk Hassan Ali dipecat dari PAS.

Kekuatan IRC a.k.a JIM a.k.a IKRAM semakin kukuh dalam PAS.

Strategi mula diubah kerana mereka sudah menunjukkan akan mengambil alih kepimpinan utama PAS dengan dana dari DAP.

Mereka menyangka segala agenda benar-benar terjadi tanpa mengetahui ada group tanpa nama telah melakukan strategi tersusun untuk pembersihan anai-anai secara besaran dalam pada muktamar pemilihan 2015.

Ketika anai-anai menyerang dari dalam dan DAP menyerang PAS dari luar.

Untuk menunjukkan bahawa DAP masih bersama PAS maka badan tubuh presiden PAS, TGHH diserang dan difitnah sehinggakan saya terpaksa mengaktifkan semua laman web dan sosial kerana ketika itu hampir 90% blogger pro PR bersama puak anai-anai dan DAP.

Mereka menamakan golongan mereka pro Erdogan saban hari dengan ratib UG.

MT PAS Pusat dan semua Lujnah telah dikawal oleh mereka tetapi cubaan Hanipa Maidin dari JUHAM untuk menembusi Majlis Syura Ulama gagal.

Hanya MSU PAS selamat dari dimasuki anai-anai kerana itu badan tertinggi PAS yang paling berkuasa.

Akhirnya bangkit golongan pro Ulama untuk mempertahankan PAS dari pro Erdogan sehingga semua calon-calon mereka dari Presiden sehingga Majlis Tertinggi semua kalah.

Perancangan mereka yang menggelar diri mereka golongan profesional terulung dan ulama bertaraf dunia akhirnya tersungkur menyembah bumi.

Memang IKRAM cucu IRC yang paling kuat bekerja dan Mat Sabu bukan golongan profesional, beliau bersama Ustaz Ahmad Awang hanyalah boneka.

Jika ada yang rajin membaca sejarah PAS pasti akan tahu ketika pergolakan berlaku dalam PAS pasti akan timbul satu golongan yang akan membantu sedangkan mereka bukan ahli PAS.

Saya bukan ahli PAS tetapi saya hanyalah sekadar membuang teritip di badan bahtera PAS.

Sekarang ni dalam kerajaan PN parti yang paling teruk diserang ialah PAS walaupun PAS ahli kabinet terkecil.

Jika anda membaca berita tentang PAS pastikan dahulu kebenarannya kerana Menteri dari PAS sekarang mula dipuji rakyat.

Baru rakyat sedar bahawa rupanya Islam layak memerintah, malah Menteri dari PAS dipuji oleh kawan dan lawan.

Semoga yang membaca lebih memahami dari yang menulis.

MUSAFIRLALU

Politik