PAS, Konsert Dan Hiburan

PAS, Konsert Dan Hiburan

Ahli PAS wajar ucapkan syukur kerana dalam banyak-banyak parti dalam Malaysia hanya PAS diharapkan untuk menyampaikan keluh kesah rakyat berkenaan konsert lagho.

PAS tetap konsisten menolak hiburan melampau dan hendonisme dalam masyarakat.

Boleh tengok kenyataan demi kenyataan PAS sama ada jadi pembangkang atau kerajaan.

Bila muncul konsert, PAS menjadi sasaran dalam dua bentuk serangan jika bersuara diwajahkan PAS itu anti-hiburan oleh satu pihak.

Jika terlambat, dikatakan PAS itu sudah leka dan alpa dengan habuan dunia.

Soal PAS bantah itu sudah selesai saya kira, PAS tidak berdiam diri dan kita yakin usaha terus dijalankan atas kapasiti yang ada untuk halang hiburan melampau ini.

Pun begitu apakah PAS anti-hiburan?

PAS mengerti manusia itu perlukan hiburan, namun dalam bentuk yang mengingatkan kita kepada Tuhan dan kebaikan.

Dalam kegilaan hiburan, PAS hadir dengan menganjurkan konsert alternatif sebagai saingan kepada hiburan melampau di Malaysia.

Sejak tahun 1970an ketika PAS tadbir Kelantan, telah berlangsung Konsert Orkes El-Suraya dari Indonesia yang popular dengan lagu Selimut Putih.

Malah ketika Dato Asri dilantik Menteri Tanah, beliau telah bawa Orkes El-Suraya dan Orkes Al-Watan ke Felda-Felda untuk berikan hiburan alternatif.

Hingga kini lagu Selimut Putih tetap diingati.

Tahun 2005 pula ketika fenomena Mawi menerpa negara, PAS melalui Kerajaan Kelantan telah menganjurkan Konsert Amal Tautan Kasih.

Penganjuran ini mengikut Enakmen Hiburan Kelantan 1998 dan pengasingan tempat duduk serta lagu-lagu mesti mempunyai mesej kebaikan dan tidak lagho.

Malah, ketika PAS menjadi sebahagian kerajaan di Pulau Pinang dan Selangor.

Kita juga berjaya mengubah cara sambutan Tahun Baharu dengan mengadakan sambutan alternatif melalui Bual Bicara bersama Ust Azhar Idrus dan hiburan yang mendidik.

Kini dalam kebanyakkan majlis atau karnival anjuran PAS ataupun Kerajaan Negeri dibawah PAS akan ada slot bicara agama, persembahan kebudayaan dan sebagainya.

Semuanya mesti mengikut garis panduan hiburan yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan Negeri dan juga pejabat Mufti.

Jika boleh patuhi silakan berhibur.

Ini bukti bahawa PAS tidak anti pada hiburan, namun, mengangkat nilai hiburan kepada mengingati Tuhan, mendidik masyarakat dan membawa mesej kebaikan.

Ahmad Fahmi Mokhtar

Kolumnis